Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520510
Title: Kajian Tanur Berputar - Lapisan Terbendalir untuk pengeluaran tenaga dari sumber biojisim dan campuran arang batu
Authors: Mohamad Azman Che Mat Isa (P88890)
Supervisor: Kamaruzzaman Sopian, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Tenaga bersih
Biojisim
Arang batu
Issue Date: 25-Nov-2021
Description: Tenaga bersih merupakan tenaga yang lestari dan boleh diperbaharui seperti tenaga suria, biojisim, hidro, ombak, nuklear dan angin. Tenaga bersih ini tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang teruk seperti arang batu yang merupakan tenaga yang tidak diperbaharui. Terdapat beberapa sumber bagi pengeluaran tenaga bersih antaranya ialah dari sumber tenaga biojisim yang merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal dari daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Kajian ini menggunakan sumber biojisim yang terdiri dari sisa buangan tempurung kelapa sawit. Sisa biojisim melalui proses didalam sistem Tanur Berputar - Lapisan Terbendalir (TB-LT) yang dibangunkan dalam skala makmal bagi menghasilkan biochar. Biochar akan dicampur bersama arang batu dan melalui proses pembakaran dalam kebuk pembakaran bersama yang dibangunkan pada skala makmal bagi menilai keupayaan pembakaran pencampuran tersebut. Sistem TB-LT di analisis bagi menilai dan menentukan samada ianya berpontesi bagi skala komersial. Dalam kajian ini, kaedah pembakaran secara gasifikasi berlaku dalam sistem TB-LT. Sistem TB-LT berupaya beroperasi dengan kendiri tanpa menggunakan bahanapi tambahan semasa operasi pembakaran biojisim. Ini adalah kerana hasil gabungan daripada teknologi kebuk tanur berputar, lapisan terbendalir dan sistem ayakan bagi menghasilkan sistem TB-LT membolehkan sistem beroperasi dengan kendiri. Rekabentuk sistem ini adalah berdasarkan kepada pengiraan teori yang merangkumi saiz sistem, lapisan terbendalir, simulasi Ansys dan keseimbangan jisim dan tenaga. Daripada kajian yang dijalankan, didapati sistem yang dibangunkan ini dapat menghasilkan produk iaitu biochar yang mempunyai nilai pemanasan sekitar 30 hingga 32 MJ/kg dan mempunyai nilai karbon yang sekitar 80 peratus. Daripada kajian ini, parameter yang optima bagi menghasilkan produk biochar yang bermutu tinggi adalah suhu dalam sistem TB-LT antara 680 hingga 720°C, sudut bagi kecondongan sistem ialah 7°, masa untuk produk berada dalam kebuk pembakaran ialah 20 hingga 25 minit, kadar alir udara ialah 200 hingga 300 liter/minit, kadar ayakan sistem ialah 2 hingga 3 saat dan kadar pengurangan sisa biojisim ialah 70 peratus. Bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui yang bersih, biochar yang dihasilkan dikisar sehingga saiz 2μm dan dicampurkan bersama arang batu komersial bersaiz 2μm. Nisbah pencampuran ialah 40:60, 50:50, 60:40, 70:30, 80:20 (biochar: arang batu) dan di suntik secara terus kedalam kebuk pembakaran pada suhu 500°C. Daripada kajian yang dijalankan, nisbah pencampuran optimum adalah 70:30 bagi pembakaran bersama. Melalui kajian tekno ekonomik, dapat disimpulkan bahawa sistem TB-LT berpotensi untuk dibangukan pada skala komersil bagi tujuan pengeluaran tenaga.,Ph.D.
Pages: 181
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.