Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520499
Title: | Analisis prestasi sistem fotovoltan terma dwibendalir (PV/T Combi) laluan berganda dengan penumpu parabola majmuk : medium udara dan bendalir nano |
Authors: | Suhaila Abdul Hamid (P62356) |
Supervisor: | Mohd Yusof Hj. Othman, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Solar collectors -- Thermal properties Photovoltaic power systems Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Dec-2018 |
Description: | Pengumpul suria hibrid fotovoltan-terma (PV/T) mampu menjana tenaga elektrik dan tenaga haba secara serentak. Kajian terdahulu melibatkan pembinaan sistem pengumpul suria PV/T dengan medium udara dan cecair yang beroperasi secara berasingan. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan rekabentuk, membina dan menilai prestasi sistem pengumpul yang menggunakan medium udara dan bendalir nano secara serentak (PV/T Combi). Analisis kajian ini dijalankan secara eksperimen dan juga secara teori. Sistem yang praktikal dari sudut pembinaan dan kos ini mampu beroperasi dengan dua bendalir serentak mahupun berasingan bergantung kepada keperluan tenaga dan penggunaannya pada satu-satu masa. Sistem pengumpul (PV/T) laluan berganda yang dibina terdiri daripada penutup kaca, kerangka pengumpul, penumpu parabola majmuk (CPC), saluran paip bendalir dan sel-sel fotovoltan. CPC dengan nisbah tumpuan 1.94 digunakan untuk memangkin penghasilan kuasa elektrik dalam sistem. Ia disusun berselang seli secara selari dengan 12 sel suria pada setiap 3 baris. Aliran udara di laluan atas dan bawah serta pemasangan tiub bendalir nano di bawah pengumpul memberi kesan pemindahan haba dan penyejukan sel suria yang lebih berkesan. Udara memasuki pengumpul di laluan atas dan keluar secara selari dengan aliran bendalir nano dalam tiub. Kadar aliran jisim udara diubah pada julat 0.0104 kg/s hingga 0.1248 kg/s manakala kadar aliran jisim bendalir nano ditingkatkan pada julat 0.0078 kg/s kepada 0.25 kg/s. Dua jenis bendalir nano dengan saiz partikel kurang dari 30 nm telah diuji dalam kajian ini, iaitu TiO2 0.5 wt% dan SiC 0.5 wt%. Eksperimen yang dijalankan di dalam makmal ini beroperasi pada 5 keadaan. Ia adalah mod A (air sahaja), mod B (udara sahaja), mod C (udara-air), mod D (udara-TiO2) dan mod E (udara-SiC). Bagi mod A dan B, apabila kadar aliran jisim setiap bendalir diubah, kadar aliran jisim yang kedua ditetapkan pada 0 kg/s. Bagi 3 mod dwibendalir, apabila kadar aliran jisim bendalir pertama ditingkatkan, kadar aliran jisim kedua ditetapkan pada nilai minimum dan maksimum. Prestasi sistem dikaji pada keamatan sinaran pada julat 450 W/m2 hingga 750 W/m2. Apabila kadar aliran jisim bendalir dan keamatan sinaran ditingkatkan, perubahan suhu bendalir dan suhu sel suria semakin berkurang. Ini menyumbang kepada kenaikan kecekapan elektrik, jumlah kecekapan terma serta kecekapan keseluruhan sistem. Semua data di dalam makmal diambil setiap 10 saat, dipuratakan setiap 1 minit menggunakan sistem perolehan yang dibina. Data eksperimen ini turut dibandingkan dengan nilai teori dari analisis model matematik satu dimensi yang telah dibangunkan. Julat perbandingan ralat bagi kedua-dua sumber data ini dianalisis menggunakan kaedah RMSPD dan MAPE. Prestasi sistem tertinggi diperoleh oleh mod E dengan nilai kecekapan elektrik, terma dan keseluruhan masing-masing adalah 13.14%, 57.71% dan 90.46%. Nilai -nilai tertinggi ini diperoleh pada keamatan sinaran 750 W/m2 dengan tetapan kadar aliran udara dan SiC masing-masing pada 0.1248 kg/s dan 0.25 kg/s. Seterusnya, analisis tekno-ekonomi telah dilaksanakan pada mod C, mod D dan mod E untuk melihat kebolehpasaran sistem ini. Analisis tempoh pulangan modal pula menunjukkan ketiga-tiga mod ini membawa pulangan modal sebelum tempoh jangka hayat sel suria iaitu tahun ke-13 bagi mod C, tahun ke-8 bagi mod D dan tahun ke-9 bagi mod E. Kesimpulannya, kajian ini telah memberi sumbangan yang penting kepada pengetahuan teknologi sistem PV/T dari sudut kebolehgunaan sistem ini dengan penggunaan dwibendalir.,Ph.D. |
Pages: | 217 |
Call Number: | TK1087.S845 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121942+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.