Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520490
Title: Analisis potensi tenaga angin di Malaysia: suatu kajian terhadap taburan kebarangkalian angin
Authors: Nortazi Sanusi (P65210)
Supervisor: Azami Zaharim, Prof. Dr.
Keywords: Wind power -- Malaysia
Power resources
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Mar-2019
Description: Kajian terhadap tenaga angin umumnya lebih berfokus kepada pembolehubah laju angin dan hanya sedikit kajian yang menjurus terhadap arah angin. Maka kesan arah angin terhadap hasil cerapan laju angin tidak diketahui dengan mendalam. Begitu juga kesan kombinasi laju dan arah angin dalam menghasilkan tenaga angin juga tidak dapat dipastikan (dalam senario Malaysia). Oleh itu, objektif utama kajian ini bagi mendapatkan potensi penjanaan tenaga angin berdasarkan anggaran min kuasa ketumpatan angin (W/m2 ) dengan menggunakan model kebarangkalian bivariat bagi laju dan arah angin. Data daripada lima puluh tiga buah stesen pencerap di seluruh Malaysia (tahun 2004 hingga 2014) telah digunakan bagi tujuan analisis. Kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama ialah untuk mendapatkan model kebarangkalian univariat terbaik bagi mewakili data laju angin dan menganggar min kuasa ketumpatan angin (W/m2 ) berkaitan. Turut dilakukan adalah analisis terhadap arah angin menggunakan taburan campuran von Mises terhingga. Kemudian, pemodelan terhadap taburan bivariat dilakukan bagi menilai min kuasa ketumpatan angin. Di akhir kajian, perbandingan antara anggaran min kuasa ketumpatan angin di antara model univariat dengan model bivariat turut dijalankan. Hasil analisis menunjukkan taburan Gama merupakan model univariat terbaik bagi laju angin untuk kebanyakan stesen angin di Malaysia. Manakala bagi model bivariat, kebanyakkan data stesen angin diwakili oleh taburan Gama-FMvM dan taburan Gama songsang-FMvM. Model bivariat laju dan arah angin didapati memberi kesan terhadap nilai min kuasa ketumpatan angin (W/m2 ) dengan peningkatan minimum sebanyak 1.8% bagi stesen Mersing. Stesen Mersing merupakan stesen angin yang paling berpotensi dalam menjana tenaga angin di Malaysia berdasarkan nilai min kuasa ketumpatan angin (W/m2 ) yang lebih tinggi berbanding stesen lain iaitu antara 14 - 25 (W/m2 ). Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan model bivariat laju dan arah angin juga memberikan sedikit impak positif terhadap min kuasa ketumpatan angin (W/m2 ). Ini bermaksud kesan arah angin tidak seharusnya diabaikan dalam menilai potensi tenaga angin.,Ph.D.
Pages: 149
Call Number: TJ820.N637 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120934+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.