Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520459
Title: | Kesan emas terhadap aktiviti fotoelektrokimia WO3 dengan tambahan penderma fotodegradasi |
Authors: | Nurul Akmal Jaafar (P75105) |
Supervisor: | Lorna Jeffery Minggu, Dr. |
Keywords: | Fotoelektrokimia Fotodegradasi Hidrogen Nanopartikel emas Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 13-Jul-2017 |
Description: | Hidrogen adalah dianggap sebagai sumber tenaga yang sesuai bagi menggantikan kebergantungan terhadap bahan api fosil. Penghasilan hidrogen melalui proses fotoelektrokimia (PEC) yang menggunakan air dan tenaga suria dengan kehadiran fotomangkin adalah kaedah yang lebih baik berbanding kaedah semasa iaitu melalui pembentukan semula stim metana (methane steam reforming) yang membebaskan bahan yang mencemar alam sekitar. Namun begitu, bahan semikonduktor yang sesuai sebagai fotomangkin adalah cabaran utama dalam bidang ini. Masalah utama yang dihadapi oleh bahan fotomangkin ialah penggabungan semula elektron-lohong yang terhasil semasa proses radiasi dan kebanyakan fotomangkin yang sedia ada mempunyai jurang jalur yang besar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, nanopartikel emas (Au) telah digunakan untuk meningkatkan aktiviti foto bahan semikonduktor WO3 di dalam kajian ini. Disamping itu, bahan tambahan metanol dan asid formik telah digunakan sebagai penderma bagi proses fotodegradasi di dalam elektrolit. Filem semikonduktor WO3 telah dihasilkan diciri dengan menggunakan mikroskopi elektron imbasan (SEM), spektrofotometer ultralembayung dan cahaya nampak (UV-Vis), dan diffraktometer belauan sinar-X (XRD). Pengukuran data PEC dijalankan dengan menggunakan sistem konvensional tiga elektrod yang terdiri dari fotoelektrod (WO3 dan WO3/Au), elektrod kalomel tepu (SCE), dan platinum masing-masing sebagai elektrod kerja, elektrod rujukan dan elektrod lawan. Filem WO3 dihasilkan melalui kaedah elektroendapan dengan potensi malar di dalam asid peroksotungstik sebagai larutan prekursor. Manakala, nanopartikel Au dimuatkan di atas filem WO3 melalui kaedah pemercikan, elektroendapan dengan arus malar dan potensi malar di dalam emas klorida sebagai larutan prekursor. Imej SEM menunjukkan morfologi permukaan filem yang padat. Selepas filem WO3 dimuatkan dengan Au, beberapa butiran nanopartikel Au dapat dilihat pada permukaan filem. Manakala, berdasarkan data UV-Vis, jurang jalur filem WO3 dengan muatan nanopartikel Au yang dihasilkan dengan kaedah elektroendapan tidak berubah dengan ketara berbanding filem WO3 tulen iaitu ~2.6 eV. Spektrum XRD pula menunjukkan keamatan isyarat yang lebih tinggi bagi filem WO3 yang dimuatkan dengan Au berbanding filem WO3 tulen dengan puncak monoklinik WO3 dapat dilihat pada sudut 23.3°, 23.8°, 24.4°. Keputusan PEC menunjukkan fotoarus dengan muatan Au diatas filem WO3 meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding filem WO3 tulen dan fotoarus yang dihasilkan juga meningkat lebih tinggi dengan penambahan penderma fotodegradasi.,Ph.D. |
Pages: | 125 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_86176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.