Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520453
Title: Pengaruh tar yang dihasilkan daripada penggasan tempurung kelapa dan tempurung kelapa sawit terhadap prestasi nikel/zirconia terstabil skandia seria (Ni/ScCeSZ) anod sel fuel oksida pepejal
Authors: Ahmad Zubair Yahya (P89198)
Supervisor: Mahendra Rao Somalu, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sel fuel oksida pepejal
Penggasan
Kelapa
Kelapa sawit
Issue Date: 2-Jul-2021
Description: Sel fuel oksida pepejal (SOFC) disepadukan dengan gas sintetik yang dihasilkan melalui penggasan biojisim adalah teknologi sumber tenaga hijau. Namun, gas sintetik mengandungi tar yang mengakibatkan pemendapan karbon dan seterusnya menyahaktifkan pemangkin anod. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyiasat pengaruh tar yang dihasilkan daripada penggasan tempurung kelapa (TK) dan tempurung kelapa sawit (TKS) di dalam reaktor turus tetap alir bawah terhadap prestasi elektrokimia anod nikel/zirconia terstabil skandia seria (Ni/ScCeSZ). Kesan saiz zarah TK dan TKS (1-3, 4-7 dan 8-11 mm) dan suhu (700, 800 dan 900 oC) yang berbeza terhadap produk penggasan telah dikaji. Tar yang terhasil semasa penggasan TK dan TKS pada suhu yang berbeza dicirikan komposisi kimianya. Seterusnya, aktiviti pembentukan semula bermangkin serbuk anod Ni/ScCeSZ dijalankan melalui pendedahan tar TK dan tar TKS yang dihasilkan pada suhu 900 oC selama 2 jam untuk menyiasat kesan nisbah stim kepada karbon (S/C) dan suhu yang berbeza S/C-0 dan S/C-4 dan 600 oC dan 800 oC, masing-masing. Selanjutnya, prestasi elektrokimia sel tunggal SOFC (Ni/ScCeSZ|ScCeSZ|LSCF/ScCeSZ) semasa kehadiran tar TK dan tar TKS yang dihasilkan pada suhu 900 oC dikaji selama 2 jam di bawah pengaruh nisbah S/C (S/C-0 dan S/C-4) dan suhu (600 oC dan 800 oC) yang berbeza. Keputusan mendapati penggasan TK pada suhu 900 oC menghasilkan komposisi gas H2 yang lebih tinggi dan kepekatan tar yang lebih rendah berbanding TKS iaitu 14.49 Isp.% dan 4.79 g/Nm3 dan 13.28 Isp.% dan 5.19 g/Nm3, masing-masing. Hasil analisis kimia mendapati sebatian kumpulan fenol dan sebatian kumpulan hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH) yang terhasil daripada penggasan TKS pada suhu 900 oC masing-masing menunjukan kandungan relatif (RC %) yang lebih tinggi dan rendah berbanding TK iaitu 45.03% dan 29.07% untuk tar TK dan 52.95% dan 25.67% untuk tar TKS. Kesan daripada sebatian kumpulan fenol yang lebih tinggi dalam tar TKS ini menyebabkan nilai berat karbon yang termendap (Wc) pada pemangkin anod lebih tinggi berbanding dengan tar TK terutamanya pada keadaan suhu 600 dengan nisbah S/C-0 iaitu masing-masing 0.36 mgc/mgrd.cat (tar TKS) dan 0.29 mgc/mgrd.cat (tar TK). Karbon yang termendap di permukaan serbuk anod Ni/ScCeSZ adalah jenis nanotiub karbon berbilang dinding (MWCNTs) dan tindak balas dengan tar TKS menghasilkan struktur yang lebih baik berbanding tar TK pada kesemua keadaan operasi. Tar TKS bertindak balas dengan serbuk anod Ni/ScCeSZ pada suhu 600 oC dengan nisbah S/C-0 menghasilkan kadar pemendapan karbon amorf yang paling tinggi manakala tar TK bertindak balas pada suhu 800 oC dengan nisbah S/C-4 menghasilkan kadar pemendapan karbon filamen yang paling rendah. Pemendapan karbon amorf yang tinggi lebih menjejaskan prestasi sel berbanding pemendapan karbon filamen yang rendah. Nilai ketumpatan kuasa maksimum (Pmax) dan rintangan tentu luas (ASR) yang diperoleh adalah 0.008 W/cm2 dan 277.57 Ωcm2 untuk tar TK pada 600 oC dengan nisbah S/C-0 dan 0.233 W/cm2 dan 15.08 Ωcm2 untuk tar TKS pada 800 oC dengan nisbah S/C-4, masing-masing. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa pemangkin anod Ni/ScCeSZ tidak nyahaktif walaupun kepekatan tar TK dan TKS yang tinggi didedahkan. Tar TK lebih mudah untuk menjalani tindak balas pembentukan semula berbanding tar TKS.,Ph.D.
Pages: 233
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125309+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.