Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520429
Title: Proses penyemperitan komposit polipropilena diperkuat gentian karbon berkisar bagi aplikasi komposit polimer pengalir
Authors: Nabilah Afiqah Mohd Radzuan (P74274)
Supervisor: Abu Bakar Sulong, Prof. Madya Ir. Dr.
Keywords: Penyemperitan
Polipropilena
Gentian karbon
Polimer pengalir
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 7-Sep-2017
Description: Komposit polipropilena (PP) diperkuat gentian karbon berkisar (MCF) pada kandungan pengisi tinggi dibangunkan bagi menghasilkan bahan komposit polimer pengalir (CPC) yang berkeberaliran elektrik tinggi. Penggunaan bahan CPC bagi aplikasi berkeberaliran elektrik merupakan satu isu yang mencabar yang mana nilai keberaliran elektrik kebiasaannya lebih tinggi pada arah satah berbanding pada arah rentas satah. Secara teori, dengan mengubah arah orientasi pengisi pengalir, nilai keberaliran elektrik dan sifat mekanik dapat dikawal secara lebih efektif. Akan tetapi, kaedah mengorientasikan amat sukar dilakukan bagi gentian karbon berkisar. Maka, kajian ini menumpukan kepada keupayaan kandungan MCF untuk menawarkan kawalan orientasi pengisi melalui proses penyemperitan. Proses penyemperitan yang optimum diperoleh dengan menggunakan kaedah reka bentuk eksperimen dibantu dengan analisis varian (ANOVA). Proses ini dilakukan pada suhu penyemperitan 230 °C dan halaju putaran 50 rpm, pada kandungan 70 % berat MCF dan 30 % berat PP. Bahan komposit MCF/PP kemudiannya melalui kaedah pengacuan mampatan pada suhu pembentukan 200 °C dan daya mampatan sebanyak 13.8 MPa selama 15 minit. Bahan komposit yang terhasil akan melalui beberapa kaedah pencirian termasuk ujian keberaliran elektrik, ujian kekuatan lenturan, ujian tegangan, ujian ketumpatan, ujian kekerasan, analisis termogravimetri (TGA), analisa pembelauan sinar-X (XRD), serakan tenaga X-ray (EDX) dan analisis pemerhatian morfologi. Nilai keberaliran elektrik berserenjang dengan arah penyemperitan (rentas satah) adalah 2.0 S/cm, iaitu lebih tinggi berbanding 0.66 S/cm pada arah selari dengan arah penyemperitan (arah satah). Selain itu, bahan tersemperit berbentuk rod dan kepingan pada keratan rentas berbeza dikaji yang mana, bahan tersemperit berbentuk rod menunjukkan nilai keberaliran elektrik yang lebih tinggi iaitu 3.0 S/cm dan sifat mekanik yang lebih baik dengan 1225 MPa, berbanding bahan tersemperit berbentuk kepingan. Kawalan arah orientasi pengisi membantu meningkatkan nilai keberaliran elektrik, apabila gentian MCF kurang mengalami gejala kepatahan kesan daripada kadar ricih yang rendah, iaitu 2.2 s-1. Pengurangan kadar ricih ini secara tidak langsung mempengaruhi orientasi pengisi yang dikehendaki. Bahan yang dihasilkan melalui proses penyemperitan seterusnya akan dibentuk menggunakan kaedah pengacuan mampatan. Didapati pembuatan bahan komposit daripada dai berbentuk rod mempunyai nilai keberaliran elektrik tertinggi dengan 5.2 S/cm. Ia adalah kesan daripada pembentukan jaringan keberaliran yang sempurna akibat pengurangan jarak sentuhan antara pengisi. Selain itu, model General Effective Media (GEM) dan Fiber Contact Model (FCM) diadaptasi bagi meramalkan nilai keberaliran elektrik bahan komposit. Nilai keberaliran elektrik daripada data eksperimen didapati tidak menghampiri dengan nilai ramalan model GEM disebabkan oleh nilai t yang pelbagai (2.0~3.25). Namun, model Modified Fiber Contact (Modified FCM) menunjukkan korelasi yang baik dengan data eksperimen memandangkan model ini mengambil kira parameter seperti sudut orientasi pengisi (80° hingga 90°), jarak sentuh antara pengisi (10-7 cm hingga 10-8 cm), kadar ricih, dan halaju putaran. Kesimpulannya, proses penyemperitan dilihat mampu meningkatkan prestasi bahan komposit apabila pengisi dapat diorientasikan secara selari dengan arah penyemperitan serta meningkatkan nilai keberaliran elektrik dan sifat mekanik bahan komposit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 171
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96922+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
842.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.