Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520416
Title: Pengurusan awam baru dan pempolitikan dalam sektor awam: kajian ke atas pentadbir awam di Malaysia
Authors: Ahmad Faiz Yaakob (P48415)
Supervisor: Kartini Aboo Talib @ Khalid, Prof Madya Dr.
Keywords: Perkhidmatan awam
Civil service -- Malaysia
Issue Date: 10-Dec-2018
Description: Kajian ini mengkaji titik-temu politik dalam pentadbiran awam yang berakar umbi dalam model pengurusan awam baru (PAB). Model ini adalah kesan daripada evolusi birokrasi Weber sehingga Pengurusan Saintifik. Tambahan lagi, model ini membenarkan campur tangan politik dalam pengurusan awam bagi mengatasi politik gridlock agar sistem yang cekap dapat dilaksanakan. Pengalaman Barat mengakui kesukaran dan ketidakcekapan akan timbul jika politik dan entadbiran diurus secara berasingan. Oleh itu, dengan mencipta ruang yang fleksibel dalam susun atur pentadbiran mampu menggalakkan mereka untuk lebih responsif, profesional dan efisyen dalammenyampaikan perkhidmatan awam. Satu undang-undang atau peraturan diaplikasikan bagi memastikan campur tangan politik berada dalam satu ruang dan wacana yang dibenarkan. Bagaimanpun, di Malaysia pengasingan di antara birokrasi dan pengurusan awam masih kabur. Birokrasi adalah satu proses yang yang melarang campur tangan politik namun ia seringkali dilihat tanpa sempadan yang jelas dari segi sejauhmana ianya dibenarkan. Aliran perubahan dari birokrasi kepada pengurusan saintifik boleh dikesan melalui sifat-sifat yang wujud dalam petunjuk prestasi yang tangible namun titik-temu politik sudah lama berakar umbi dalam sistem sejak di era birokrasi lagi. Dapatan menunjukkan kesan titik-temu politik yang berlaku menggugat profesionalisme dan akauntabiliti dalam kalangan pegawai kerajaan. Birokrasi diterapkan sebagai proses bagi memupuk integriti dan keberkesanan namun kemudian adunan di antara birokrasi telah mencipta budaya pentadbiran yang tidak produktif dalam kalangan penjawat awam. Kajian menggesa agar PAB ditakrif semula dan diurus semula iaitu dengan memperkenalkan prosedur yang adil (procedural justice) bagi menyelaras sempadan campur tangan politik dalam pengurusan awam. Asas dan struktur institusi kerajaan adalah kukuh namun paradigma dan budaya perlu diubah selari dengan konteks lokal yang memandang tinggi nilai integriti dan akauntabiliti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti temubual intensif dengan tiga puluh lima informan yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai atasan kerajaan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara bagi berkongsi pengalaman, emosi dan persepsi terhadap pentadbrian awam dan pengurusan. Tema-tema juga dibangunkan bagi memperlihatkan bentuk-bentuk dalam titik-temu politik termasuklah hubungan di antara ahli politik dan birokrat, impak perlantikan politik, outcome kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI), kesan pendekatan top-down serta simbolik politik. Secara keseluruhannya, tesis ini menyimpulkan bahawa PAB bukanlah satu model pengurusan awam istimewa di Malaysia kerana titik-temu politik telah membawa kepada ketidakcekapan dan berbanding kecekapan di bawah integriti yang ditakrif oleh praktis di Barat. Menakrif semula PAB memerlukan penjawat awam menegakkan undangundang dan peraturan dan menetapkan juga sempadan campur tangan politik yang dibolehkan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 339
Call Number: JQ1062.A67A344 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102640+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.