Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520415
Title: Pendidikan untuk keterangkuman sosial: status kewarganegaraan dan kebolehcapaian pendidikan dalam kalangan penduduk di Pulau Mabul, Sabah
Authors: Badariah Saibeh (P65253)
Supervisor: Ong Puay Liu, Prof. Dr.
Keywords: Kewarganegaraan
Pendidikan
Dokumen pengenalan diri
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 6-Feb-2018
Description: Kajian ini meneliti hubungan antara kewarganegaraan dan kebolehcapaian terhadap pendidikan dalam kalangan penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri rasmi. Lokasi kajian adalah Pulau Mabul, Sabah. Lebih daripada 80% penduduk Pulau Mabul mengalami masalah kewarganegaraan, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Pendidikan adalah hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 dan Pendidikan untuk Semua. Namun, dalam konteks Malaysia, keperluan menegakkan hak asasi dan falsafah pendidikan untuk semua tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan ketetapanketetapan tertentu dalam perundangan kebangsaan (Perlembagaan Persekutuan 1963 dan Akta Pendidikan 1996) mengenai pendidikan. Dalam kajian ini, falsafah 'pendidikan untuk semua' dalam konteks pendidikan untuk keterangkuman sosial, diteliti melalui tiga dimensi iaitu sumber, keupayaan dan peluang. Sumber merupakan kemahiran dan aset yang dimiliki oleh seseorang. Keupayaan adalah kebolehan individu untuk menggunakan sumber dan peluang. Peluang pula adalah persekitaran yang membolehkan individu menggunakan keupayaan dan sumber untuk mencapai hasil yang diingini. Kerja lapangan telah dilakukan selama lebih kurang tiga bulan di Pulau Mabul yang melibatkan temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan pemerhatian ikut serta sebagai tenaga pengajar di pusat pembelajaran alternatif. Bidang kajian meliputi komposisi penduduk dan kewarganegaraan, penawaran pendidikan dan kebolehcapaian terhadap pendidikan berdasarkan status kewarganegaraan atau pemilikan dokumen pengenalan diri rasmi, dan isu pendidikan untuk keterangkuman sosial. Hasil kajian mendapati kebanyakan penduduk di Pulau Mabul mengalami masalah kewarganegaraan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri rasmi, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa ketidakbolehcapaian terhadap pendidikan formal menuntut penawaran pendidikan alternatif untuk mereka yang terkecuali daripada pendidikan formal. Maka, penduduk yang mengalami masalah kewarganegaraan mempunyai peluang boleh capai terhadap pendidikan. Justeru, kajian ini mencadangkan agar penawaran pendidikan alternatif diperbanyakkan supaya lebih ramai penduduk boleh capai terhadap pendidikan demi keterangkuman sosial dan kesejahteraan negara.,Ph.D.
Pages: 256
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99216+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.