Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520410
Title: Identiti etnik minoriti Cina Peranakan Kelantan sebagai identiti masyarakat multietnik Malaysia
Authors: Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah (P73257)
Supervisor: Shamsul Amri Baharudin, Prof. Ulung Datuk Dr.
Keywords: Chinese -- Malaysia -- Kelantan -- Social life and customs
Peranakan (Asian people) -- Malaysia -- Kelantan -- Social life and customs
Ethnology -- Malaysia -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2021
Description: Kajian ini menganalisis etnik minoriti yang heterogen dalam mempertahankan identiti mereka dari arus pemodenan yang mencabar. Pembentukan identiti kumpulan subetnik Cina yang terhasil daripada proses akulturasi oleh orang Melayu memperlihatkan dwiidentiti yang unik. Justeru, selagi proses interaksi sosiobudaya berterusan, maka identiti Cina Peranakan dipertahankan. Bagaimanapun, kesan daripada perubahan dimensi sosiobudaya, identiti Cina Peranakan yang dilihat signifikan kepada hubungan antara etnik di negara ini semakin terhakis dan dikatakan berada di ambang kepupusan. Berdasarkan fenomena tersebut mampukah identiti Cina Peranakan Kelantan dapat diperkasakan sebagai model rol dalam mencapai kesepaduan masyarakat multietnik. Metodologi kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan dapatan lebih berkualiti iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data melalui kaedah Strategi Penyelidikan Abduktif yang digunakan untuk menceritakan realiti sosial dan memahami kehidupan sosial dari segi motif dan cerita aktor sosial berdasarkan pengalaman aktor sosial itu sendiri. Pengkaji mengutip data dalam komuniti kajian menerusi teknik Wolcott (1999) sebagai 'mengalami, mengusul dan memeriksa'. Dengan menggunakan Teori Modenisasi Moore (1965), kajian mendapati bahawa pemodenan dan tekanan memerlukan Cina Peranakan mengorientasikan diri semula dengan kumpulan etnik arus perdana yang dilihat sebagai faktor pendorong utama yang menjadikan 'kepupusan' Peranakan tidak dapat dielakkan. Dengan menganalisis komuniti Cina Peranakan di Kelantan, Malaysia sebagai kajian kes, kajian ini menunjukkan bahawa bukannya 'pupus', sebaliknya mereka bergerak dalam trajektori-trajektori yang berbeza walaupun dalam komuniti yang sama sebaliknya perubahan identiti tersebut terbentuk melalui proses asimilasi 'bergerak'. Kajian ini mendapati faktor kemahiran bermasyarakat komuniti Cina Peranakan Kelantan yang telah dibudayakan merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi identiti tersebut masih dipertahankan hingga kini. Justeru, hubungan antara etnik yang harmoni tercapai sekiranya kemahiran bermasyarakat Cina Peranakan Kelantan ini dibudayakan.,Ph.D
Pages: 364
Call Number: DS595.2.C5M634 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130361+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.