Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520409
Title: Fenomena smokol dalam aktiviti perdagangan informal rentas sempadan di Pulau Sebatik Malaysia - Indonesia
Authors: Fauzie Sarjono (P94103)
Supervisor: Kartini Aboo Talib @ Khalid, Prof. Dr.
Keywords: Borderlands -- Malaysia
Borderlands -- Indonesia
Sebatik Island (Indonesia and Sabah
Malaysia) -- History
Sebatik Island (Indonesia and Sabah
Malaysia) -- Boundaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2021
Description: Dalam konteks globalisasi, sempadan bukan sahaja bertindak sebagai pemisah antara negara, tetapi masyarakat sempadan itu sendiri berupaya menggunakan pelbagai cara untuk memperolehi manfaat yang wujud di sekitarnya. Fenomena sempadan yang pelbagai dan rencam seakan memberi satu konotasi yang pelbagai apabila memberi tafsiran mengenai kewujudannya. Dalam konteks negara, fenomena 'berkongsi tanah sempadan' akibat 'peristiwa masa lalu' menyebabkan aktor negara mengadakan satu bentuk pakatan antara negara bagi menjamin kawalatur sempadan melalui aksi politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks perdagangan sempadan di Pulau Sebatik, pemerintah Malaysia dan Indonesia telah memeterai beberapa Siri perjanjian yang melibatkan aktiviti merentas sempadan. Pelaksanaan dan pertindanan konsep aktiviti merentas sempadan mencetuskan pelbagai polemik, masalah dan konotasi terutama sekali dari aspek manipulasi konsep perdagangan, manipulasi garis sempadan, kebergantungan sumber, manifestasi sempadan etnik dan integrasi ekonomi lokal. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan bertujuan meninjau perdagangan sempadan yang berciri lokal dan bersifat tradisi, faktor penglibatan aktor pelaku ekonomi, dan bentuk pola perdagangan rentas sempadan. Tujuan utama penyelidikan ini adalah mengintegrasi tafsiran masyarakat sempadan dalam realiti kehidupan harian mengenai ruang sempadan, konsep perdagangan sempadan, kelompok masyarakat yang berkongsi nilai budaya, etnik, dan identiti yang akhirnya mewujudkan satu bentuk integrasi yang dikenali sebagai integrasi ekonomi informal rentas sempadan. Untuk tujuan ini, metodologi 'keberadaan di lapangan' dijadikan sebagai kaedah mendapatkan informasi. Sebanyak 6 orang aktor pelaku ekonomi di Pulau Sebatik dengan tiga (3) lokasi berbeza dijadikan informan utama bagi mengenal pasti latar belakang masyarakat dan aktiviti ekonomi masyarakat sempadan melalui kaedah etnografi dan temubual. Manakala 101 orang aktor pelaku ekonomi dijadikan sebagai responden survei soal selidik bersemuka bagi mengenal pasti populasi, demografi, dan persepsi mengenai sempadan dan perdagangan sempadan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa kesemua informan dan responden utama melakukan aktiviti ekonomi dengan mengaplikasi konsep perdagangan informal rentas sempadan. Ciri-ciri aktiviti ekonomi ini wujud seiring dengan faktor yang terkait dengan warisan generasi yang berintegrasi bersama kewujudan ruang sempadan ekonomi berasaskan realiti sosial mengenai nilai budaya, etnik, dwi-kenegaraan, jaringan sosial dan ekonomi, laluan perdagangan dan mekanisma perdagangan. Pada masa yang sama konsep perdagangan ini membentuk pola perdagangan yang sering terkait antara satu sama lain yang memberi manfaat kepada transformasi sosial masyarakat. Integrasi konsep perdagangan ke dalam masyarakat menciptakan satu bentuk konsep integrasi ekonomi informal rentas sempadan. Konsep integrasi ini mewujudkan satu arena integrasi sebagai 'pasar tanpa lokasi' yang merupakan satu bentuk pasar ciptaan masyarakat tanpa kawalatur pemerintah. Implikasi dari konsep perdagangan dan konsep integrasi ini amat besar bagi mewajarkan pemerintah kedua-dua negara memahami realiti sosial masyarakat sempadan sebagai aktor sempadan dalam melaksanakan dasar berkaitan kepentingan negara dan warganya. Sumbangan utama kajian ini adalah penemuan mengenai fenomena smokol dalam aktiviti perdagangan informal rentas sempadan di Pulau Sebatik, Malaysia - Indonesia secara keseluruhan.,Ph.D
Pages: 323
Call Number: DS647.S43F338 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130360+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.