Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520406
Title: Pengaruh bentuk komuniti, mobiliti sosial, hubungan sosial rentas etnik dan batas etnik ke atas kesepaduan sosial dalam komuniti kejiranan rukun tetangga (RT) di Hulu Langat Selangor
Authors: Mohd Syariefudin Abdullah (P61119)
Supervisor: Mansor Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Cultural pluralism -- Malaysia
Multiculturalism -- Malaysia
Malaysia -- Ethnic relations
Malaysia -- Race relations
Malaysia -- Social life and customs
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2022
Description: Kajian ini membincangkan tentang hubungan etnik dalam komuniti dengan membuat penelitian secara khusus pengaruh etnik kepada kesepaduan sosial dalam komuniti di kawasan kejiranan Rukun Tetangga (RT) di Daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu (a) Mengenal pasti pola hubungan etnik dalam kalangan ahli KRT Hulu Langat Selangor, (b) Menganalisis pengaruh mobiliti sosial dan bentuk komuniti ke atas tahap kesepaduan sosial, (c) Menganalisis hubungkait pola hubungan etnik, mobiliti sosial, bentuk komuniti, dengan kesepaduan sosial dalam kalangan ahli KRT Hulu Langat, Selangor. Kajian ini menggunakan kerangka konsep dalam bentuk komuniti, batas etnik, hubungan sosial rentas etnik dan mobiliti sosial sebagai kerangka analisis. Kerangka konsep ini dianalisis menggunakan dua kerangka teori iaitu teori pilihan rasional dan teori modenisasi. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah soal selidik di mana seramai 588 set soal selidik telah diterima dan dianalisis yang mewakili tiga etnik utama iaitu etnik Melayu (63 peratus), etnik Cina (24 peratus) dan etnik India (13 peratus). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Ia dilaksanakan berdasarkan analisis Statiscal Pakage for the Social Scienes (SPSS) versi 26. Daripada analisis deskriptif, didapati bahawa ukuran pola batas etnik dalam kalangan ahli RT di Daerah Hulu Langat secara majoritinya tanpa mengira etnik, lebih dicorakkan oleh perkiraan nilai norma sejagat berbanding perkiraan kepentingan etnik. Namun begitu, perkiraan etnik masih lagi wujud dan ia hanya lebih bersifat sekunder di mana dapatan menunjukkan bahawa pilihan status lebih cenderung ke arah pilihan etnik berbanding norma sejagat. Justeru, boleh dikatakan batas etnik dalam masyarakat telah menipis dalam komuniti RT. Dapatan kajian juga mendapati bahawa bentuk komuniti bandar lebih dominan berbanding bentuk komuniti lain. Daripada Hasil kajian juga telah membentuk satu model kesepaduan sosial yang komprehensif dengan menggabungkan kesemua peramal-peramal utama yang penting dalam menjelaskan kesepaduan sosial. Bermula daripada peramal batas etnik yang dijalin dengan hubungan sosial rentas etnik, mobiliti sosial dan batas etnik, kajian ini mampu menjelaskan perkaitan dan jalinan perubahan dari satu tahap ke satu tahap sehingga mampu menjelaskan tahap kesepaduan sosial dalam KRT Hulu Langat.,Ph.D
Pages: 359
Call Number: HN700.6.Z9M634 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130357+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.