Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520400
Title: Pembangunan kriteria dan model penilaian permainan komputer pendidikan
Authors: Hasiah Mohamed @ Omar (P37896)
Supervisor: Azizah Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Permainan komputer pendidikan
Nanowires
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Oct-2013
Description: Perkembangan penggunaan permainan komputer (PK) yang begitu meluas mendorong wujudnya permainan komputer pendidikan (PKP) yang melibatkan penggabungan elemen permainan dan pendidikan. Pengguna terutamanya pelajar selalunya kurang mendapat manfaat daripada PKP yang dibangunkan tanpa melalui proses penilaian yang bersesuaian. Sehubungan ini, satu kajian telah dijalankan untuk meneliti dan mengkaji aspek penilaian yang sesuai dari segi dimensi antara muka, elemen pendidikan, isian, kebolehmainan dan multimedia. Aspek penilaian ini difokuskan kepada PKP yang masih di peringkat pembangunan. Para penilai yang terlibat terdiri daripada pakar dan pengguna sebenar. Teknik penilaian yang sedia ada terlalu umum untuk PKP kerana tidak memfokuskan secara langsung elemen penting bagi penilaian suatu PKP. Satu kriteria dan model penilaian dibangunkan melalui pemadanan dua buah instrumen penilaian iaitu instrumen penilaian berasaskan heuristik yang dikenali sebagai Playability Heuristic Evaluation for Educational Computer Games (PHEG) dan instrumen soal selidik yang dikenali sebagai Playability Assessment for Educational Computer Games (PAEG). PHEG digunakan oleh penilai pakar sementara PAEG adalah untuk digunakan oleh pengguna sebenar. Sebuah sistem penilaian yang dikenali sebagai Analytic Hierarchy Process_Holistic Evaluation for Educational Computer Games (AHP_HeGES) dibangunkan berasaskan kedua-dua instrumen penilaian tersebut. Sistem ini juga mengadaptasikan konsep Proses Hirarki Analisis (PHA) untuk menentukan keutamaan heuristik dan sub-heuristik dalam PHEG. Sebuah PKP yang masih di peringkat pembangunan (DatabaseFUN) telah dinilai oleh pakar menggunakan instrumen penilaian PHEG. Kajian mendapati instrumen penilaian PHEG berjaya membantu penilai pakar mengenal pasti masalah kepenggunaan kritikal yang terdapat dalam PKP. Kesinambungan daripada instrumen penilaian PHEG, PAEG dibangunkan. Kepentingan konstruk dan indikator dalam PAEG diperkukuhkan melalui kajian yang dijalankan terhadap 393 responden. Instrumen soal selidik PAEG disahkan sebagai model Penilaian PKP melalui analisis Partial Least Square-Structural Equation Modeling- (PLS-SEM). Kesimpulannya, sejumlah lima konstruk dan 30 indikator dalam model Penilaian PKP telah dikenal pasti dan disahkan sebagai kriteria yang sepatutnya digunakan dalam penilaian PKP. Instrumen yang dibangunkan dijangka dapat membantu pembangun mengenal pasti peratusan masalah kepenggunaan kritikal (pakar) dan mendapatkan persepsi (pengguna) terhadap PKP.,Ph.D.
Pages: 201
Call Number: TK7874.85 .A837 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71375+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
9.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.