Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519918
Title: | Pembentukan dan penilaian keberkesanan modul kibar (kanser itu cabaranku) terhadap gaya hidup sihat dan kualiti hidup pemandiri kanser payudara dan ginekologi |
Authors: | Nadzirah Hanis Zainordin (P75182) |
Supervisor: | Ruzita Abd. Talib, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Breast Neoplasms Gynecology Cancer Survivors |
Issue Date: | 26-Nov-2021 |
Description: | Kualiti hidup yang baik selepas rawatan kanser telah menjadi sasaran utama dalam sektor kesihatan selari dengan peningkatan kadar pemandirian kanser di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi merekabentuk, melaksana, dan menilai keberkesanan modul KIBAR (Kanser Itu Cabaranku) terhadap gaya hidup sihat dan kualiti hidup dalam kalangan pemandiri kanser payudara dan ginekologi berbangsa Melayu. Modul KIBAR telah dibentuk berdasarkan Pengurusan Kendiri untuk Pemandiri Kanser: Panduan Pembangunan Intervensi, dan Teori Sosial Kognitif. Kajian ini dilaksanakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam tiga fasa. Fasa I bertujuan mengenalpasti maklumat keperluan pembentukan modul KIBAR yang dilaksanakan secara kajian hirisan lintang keatas 108 orang pemandiri kanser. Hasil kajian Fasa I mendapati subjek telah melakukan perubahan terhadap amalan pemakanan kerana percaya makanan boleh menggalakkan kanser berulang, kesan sampingan rawatan kanser dan kebimbangan terhadap penyakit komorbid. Majoriti subjek (n=53, 53.7%) tidak mengubah tahap aktiviti fizikal dan kekal dalam keadaan sedentari dengan nilai median MET 341.5 (IQR=411.4) minit/minggu. Dapatan domain psikososial dan kualiti hidup menunjukkan subjek mengalami simptom keletihan, tekanan, kebimbangan terhadap kanser berulang dan isu seksualiti. Hasil Fasa I digunakan dalam Fasa II bagi membentuk modul KIBAR. Fasa II bertujuan untuk merekabentuk dan penilaian kesahihan modul KIBAR. Kandungan KIBAR telah disahkan oleh 9 orang pakar dan penilaian muka oleh 15 orang pemandiri kanser dan dinilai pada tahap boleh diterima. Modul KIBAR mengandungi lapan topik yang merangkumi komponen amalan pemakanan sihat, saranan peningkatan aktiviti fizikal dan pengendalian psikososial iaitu sayangi diri dan keluarga. Soal selidik pengetahuan, amalan dan sikap (KAP) turut dibangunkan di Fasa II sebagai instrumen penilaian keberkesanan modul KIBAR. Seterusnya, Fasa III dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan modul KIBAR dengan menggunakan kaedah percubaan kawalan rawak. Pemilihan subjek adalah menggunakan persampelan bertujuan dan ditempatkan secara rawak pada kumpulan intervensi atau kawalan. Fasa III telah melibatkan 39 subjek kumpulan intervensi dan 42 subjek kumpulan kawalan. Selepas 12 minggu, kumpulan intervensi berjaya menunjukkan secara signifikan terhadap domain KAP bagi skor pengetahuan (11.3; CI:7.17,15.38, p=0.001) dan sikap (9.7; CI:4.82,14.54, p=0.001), dan domain pemakanan menunjukkan penurunan terhadap pengambilan tenaga (kcal/hari) (-127.8; CI:-238.91,-6.67, p=0.026), protein(g) (-9.4; CI:-16.51,-2.22, p=0.012) dan lemak(g) (- 11.7; CI:-21.21,-2.32, p=0.017). Penambahbaikan terhadap domain psikososial ditunjukkan bagi pengendalian emosi (-6.1 ;CI:-11.92,-0.35, p=0.038) dan seksualiti (Z-1.9, p=0.046). Manakala domain kualiti hidup menyeluruh (4.1 ;CI:0.49,7.63; p=0.027), fungsi emosi (5.9, CI: 0.19,11.65, p=0.021) simptom sukar tidur (-8.8; CI: - 16.28,-1.26, p=0.023) bertambahbaik selepas intervensi. Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengenalpasti keperluan maklumat, membentuk dan mengesah kandungan modul KIBAR serta menilai keberkesanannya dalam kalangan pemandiri kanser. Pelaksanaan Modul KIBAR berkesan bagi meningkatkan pengetahuan, dan sikap, pengambilan pemakanan, pengendalian emosi, seksualiti dan simptom sukar tidur bagi pemandiri kanser payudara dan ginekologi berbangsa Melayu. Oleh itu, Modul KIBAR sesuai dan boleh dijadikan panduan amalan gaya hidup sihat selepas rawatan kanser.,Ijazah Doktor Falsafah |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 506 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125725+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.