Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519916
Title: | Pembangunan dan kesan modul permodelan video terhadap kecekatan tangan dan aktiviti harian murid masalah pembelajaran kefungsian rendah |
Authors: | Nurbieta Abd Aziz (P92197) |
Supervisor: | Masne Kadar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Learning Disabilities Learning Disorders Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-May-2021 |
Description: | Murid masalah pembelajaran (MP) dengan kefungsian rendah dikaitkan dengan lemah melakukan pergerakan motor yang bermakna seperti kecekatan tangan (KT). Perlaksanaan intervensi permodelan video (PV) disokong untuk membantu meningkatkan KT dalam kalangan murid masalah pembelajaran (MP) kefungsian rendah. Walaubagaimanapun, perlaksanaan intervensi PV masih belum diperluaskan di Malaysia, khususnya dalam suasana bilik darjah untuk membantu meningkatkan KT murid MP kefungsian rendah. Begitu juga, setakat ini, kajian mengenai perlaksanaan PV masih tiada dijalankan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah modul yang menggunakan intervensi PV, dinamakan sebagai Modul Permodelan Video (MPV) dan menilai keberkesanan MPV terhadap prestasi KT dan aktiviti harian (AH) murid MP kefungsian rendah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) telah digunakan dimana terdapat tiga fasa dalam proses pembangunan MPV dengan menerapkan model ADDIE. Fasa satu adalah fasa analisis yang menggunakan kajian kualitatif. Fasa ini telah menggunakan kaedah temubual bersama Guru Pendidikan Khas (GPK) dan dianalisis secara analisis tematik. Hasil dapatan kajian fasa satu telah mendapati MPV boleh dibangunkan untuk murid MP kefungsian rendah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komponen Kemahiran Manipulatif bagi meningkatkan KT. Fasa dua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan dimana kesahan kandungan MPV dijalankan melalui indeks kesahan kandungan (CVI). MPV telah mencapai kesepakatan pakar yang tinggi, iaitu 100% persetujuan dicapai bersama sembilan pakar yang terdiri daripada pelbagai bidang. Seterusnya, fasa tiga (peringkat pertama) adalah fasa implementasi dan penilaian MPV yang dijalankan secara kajian kualitatif. Kajian kebolehlaksaan dijalankan dengan menemubual murid MP kefungsian rendah yang menggunakan MPV dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Komponen Kemahiran Manipulatif. Hasil dapatan kajian yang dianalisis secara analisis tematik telah mendapati MPV boleh dilaksanakan untuk murid MP kefungsian rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komponen Kemahiran Manipulatif. Fasa tiga (peringkat kedua) adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kajian reka bentuk kuasi-experimental. Hasil keputusan ujian ANOVA dua hala tercampur menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kesan interaksi skor kecekatan tangan kiri F(1,32), p=0.04, ƞp2=0.13, skor kedua tangan F(1,32), p=0.004, ƞp2=0.23, skor kecekatan tangan kanan, kiri dan kedua tangan F(1,32), p=0.00, ƞp2=0.24, skor pemasangan F(1,32), p=0.01, ƞp2=0.18, dan skor AH F(1,32), p=0.001, ƞp2=0.28 selepas menerima intervensi MPV. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan interaksi skor kecekatan tangan kanan F(1,32), p=0.32, ƞp2=0.03 selepas menerima intervensi MPV. Secara keseluruhannya, intervensi MPV dapat meningkatkan KT dan AH secara signifikan dalam Kumpulan Rawatan. Diharapkan, MPV yang dibangunkan dalam kajian ini yang mengggunakan intervensi PV untuk meningkatkan KT dapat dimanfaatkan untuk murid MP kefungsian rendah di PPKI. Kajian ini memberi implikasi kepada pengetahuan teoritikal, polisi (Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia), murid MP kefungsian rendah dan profesion terapi carakerja.,Ijazah Doktor Falsafah |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 307 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125198+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.