Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519908
Title: Kesan ultrabunyi didenyut intensiti rendah sebagai adjung kepada fisioterapi konvensional ke atas pemulihan gangguan fizikal, keupayaan fungsi dan kualiti hidup pesakit artroplasti lutut menyeluruh
Authors: Munayati Munajar @ Munajat (P90370)
Supervisor: Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arthroplasty
Replacement
Knee
Physical Therapy Specialty
Issue Date: 7-May-2021
Description: Pemulihan gangguan fizikal hasil daripada aplikasi rawatan ultrabunyi didenyut intensiti rendah selepas artroplasti lutut menyeluruh dan kesannya terhadap keupayaan fungsi dan kualiti hidup masih belum diketahui. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan ultrabunyi didenyut intensiti rendah sebagai adjung kepada fisioterapi konvensional ke atas pemulihan gangguan fizikal, keupayaan fungsi, dan kualiti hidup selepas artroplasti lutut menyeluruh. Dalam kajian ini, kesan pemulihan gangguan fizikal selepas intervensi terhadap keupayaan fungsi dan seterusnya kesan terhadap kualiti hidup turut dinilai. Kajian kuasi-eksperimen ini dijalankan dalam kalangan 32 pesakit pasca artroplasti lutut menyeluruh berumur lingkungan 50 hingga 80 tahun (purata umur ± sisihan piawai= 68.12 ± 6.91) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Peserta diagihkan kepada kumpulan kajian (fisioterapi digabung dengan ultrabunyi didenyut intensiti rendah, n=16) dan kumpulan kawalan (fisioterapi konvensional, n=16) menggunakan kaedah agihan bergilir. Kedua-dua kumpulan menerima intervensi pada setiap minggu selama 12 minggu. Hasil primer adalah perubahan gangguan fizikal melibatkan kesakitan, pembengkakan lutut, julat fleksi aktif lutut dan kekuatan otot kuadriseps, masing-masing dinilai menggunakan skala analog visual, pita pengukur, goniometer dan dinamometer tangan. Hasil sekunder adalah keupayaan fungsi dan kualiti hidup (profil kesihatan dan keseluruhan status kesihatan), masing-masing dinilai menggunakan Skala Fungsi Anggota Bawah dan Skala EuroQol-5 dimensi-5 tahap (EQ-5D-5L). Data dianalisis menggunakan split plot ANOVA dan analisis haluan. Hasil kajian menunjukkan kesan interaksi masa- kumpulan yang signifikan terhadap skor kesakitan [F(2,60) = 3.544, p=0.046, hp2=0.106] dan profil kesihatan [F(2,60) = 6.236, p=0.014, hp2=0.172]. Kumpulan kajian menunjukkan pengurangan tahap kesakitan yang ketara pada minggu 4 intervensi dan peningkatan skor profil kesihatan pada minggu 12 intervensi berbanding kumpulan kawalan. Kumpulan kajian juga menunjukkan kesan langsung keupayaan fungsi terhadap profil kesihatan yang ketara pada susulan 3 bulan (β=0.691, p<0.001, f2=0.915). Manakala, kumpulan kawalan mempamerkan kesan langsung keupayaan fungsi terhadap keseluruhan status kesihatan yang ketara pada susulan 3 bulan (β=0.430, p=0.017, f2=0.227). Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ultrabunyi didenyut intensiti rendah sebagai adjung kepada fisioterapi konvensional lebih berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan profil kesihatan pesakit pasca artroplasti lutut menyeluruh berbanding fisioterapi konvensional semata-mata. Kajian ini turut menunjukkan bahawa keupayaan fungsi selepas intervensi gabungan mempunyai kesan positif yang kuat terhadap profil kesihatan dalam kalangan peserta. Pengamal fisioterapi disarankan menggunakan intervensi gabungan ini sebagai pilihan rawatan bagi pesakit pasca artroplasti lutut menyeluruh bagi mencapai tahap pemulihan yang lebih baik.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 88
Call Number: WE874.M963k�2021�9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123890+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.