Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519907
Title: Aktiviti fizikal, tingkah laku sedentari dan faktor berkaitan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Kuala Lumpur
Authors: Lee Shoo Thien (P72729)
Supervisor: Poh Bee Koon, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Child Behavior
Life Style
Issue Date: 15-Jun-2021
Description: Aktiviti fizikal adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak prasekolah seperti kemahiran motor, kesihatan tulang, perkembangan sosial dan psikologi serta pencegahan obesiti. Pengaruh sosial dari pihak ibu bapa, guru dan penjaga memainkan peranan penting dalam aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari kanak-kanak prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh persekitaran sosial dan fizikal, serta hubung kaitnya dengan aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan tiga fasa: (i) analisis data sekunder projek South East Asian Nutrition Surveys of Children (SEANUTS), (ii) temu bual mendalam dan (iii) kajian kuantitatif. Temu bual mendalam telah dijalankan ke atas 20 orang ibu bapa dan 8 orang guru. Kajian kuantitatif melibatkan 230 kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun yang dipilih dari 22 buah prasekolah dan tadika di Kuala Lumpur. Aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari diukur dengan akselerometer dan soal selidik. Faktor pengaruh persekitaran sosial dan fizikal dilaporkan oleh ibu bapa. Berdasarkan kepada analisis data sekunder, sebanyak 64.0% kanak-kanak prasekolah Malaysia mempunyai masa bermain aktif melebihi sejam sehari. Sebanyak 69.9% kanak-kanak mencapai saranan masa skrin, iaitu kurang daripada sejam sehari bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun dan kurang daripada dua jam sehari bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun. Hasil temu bual mendalam mendapati galakan utama kanak-kanak bermain aktif adalah sokongan daripada pihak ibu bapa, teman sebaya dan guru. Halangan aktiviti fizikal adalah ketersediaan peralatan aktiviti skrin seperti televisyen, telefon bimbit serta keadaan kawasan perumahan atau taman yang kurang selamat. Amalan pengasuhan dengan aktiviti skrin mempengaruhi masa skrin kanak-kanak. Hasil kajian kuantitatif melaporkan purata masa kanak-kanak dalam aktiviti berintensiti sederhana-cergas (MVPA), jumlah aktiviti fizikal, masa skrin, masa tingkah laku sedentari dan masa tidur adalah 1.0 ± 0.4 jam/hari, 5.5 ± 1.4 jam/hari, 3.0 ± 1.5 jam/hari, 6.8 ± 1.1 jam/hari dan 9.5 ± 1.3 jam/hari, masing-masing. Seramai 48.7% kanak-kanak mencapai saranan aktiviti fizikal harian iaitu tiga jam aktiviti fizikal dengan sekurang-kurangnya sejam MVPA. Sebanyak 25.2% dan 55.2% kanak-kanak mencapai saranan masa skrin harian dan saranan masa tidur harian, masing-masing. Hanya seramai 6.5% kanak-kanak mencapai ketiga-tiga saranan aktiviti fizikal, masa skrin dan masa tidur. Model regresi menunjukkan ibu bapa yang percaya tahap aktiviti fizikal anak mereka adalah mencukupi (β:7.026; p<0.01) dan yakin untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanakkanak (β:3.545; p<0.05) adalah berhubung positif dengan MVPA. Halangan tubuh kanak-kanak (β:-5.656; p<0.05) dan faktor ibu bapa tidak dapat menyokong aktiviti aktif (β:-5.468; p<0.05) mengurangkan tahap MVPA. Kanak-kanak yang lebih mengemari aktiviti skrin daripada bermain aktif turut meningkatkan aktiviti skrin (β:20.541; p<0.05) manakala faktor teladan bapa mengurangkan tingkah laku sedentari (β:-35.006; p<0.001). MVPA dan tingkah laku sedentari adalah berhubung secara negatif dengan masa tidur. Kesimpulannya, faktor sosial terutamanya pengaruh ibu bapa memainkan peranan yang teramat penting terhadap tahap aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari kanak-kanak prasekolah. Hasil kajian ini boleh digunakan dalam rekabentuk intervensi dan strategi untuk mempromosi gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 458
Call Number: WS105.L477a 2021 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.