Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519906
Title: | Pembangunan dan penilaian keberkesanan program pendidikan info-nutriteen® terhadap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan label pemakanan dalam kalangan remaja Pembangunan dan penilaian keberkesanan program pendidikan info-nutriteen® terhadap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan label pemakanan dalam kalangan remaja |
Authors: | Norsakira Jefrydin (P87534) |
Supervisor: | Ruzita Abd Talib, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Food Labeling Adolescent |
Issue Date: | 25-May-2021 |
Description: | Pelbagai kajian membuktikan pengambilan produk makanan dan minuman terproses mempunyai hubungan dengan peningkatan obesiti kerana mengandungi kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi. Bagi mengawal trend pengambilan makanan terproses, pengguna termasuk golongan remaja dinasihatkan untuk membaca label pemakanan bagi memilih makanan yang lebih sihat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menilai keberkesanan program Info-Nutriteen® terhadap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) label pemakanan dalam pemilihan makanan golongan remaja. Kajian ini melibatkan tiga fasa berdasarkan Pemetaan Intervensi (IM) dan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Selangor. Fasa 1 merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan label pemakanan golongan remaja semasa memilih makanan dan minuman serta mengenal pasti keperluan pendidikan tentang label pemakanan. Seramai 33 orang remaja telah terlibat dalam lima perbincangan kumpulan berfokus. Sebanyak empat tema utama dikenal pasti daripada analisis tema FGD iaitu faktor personal, tingkah laku, persekitaran serta keperluan pendidikan label pemakanan dalam kalangan remaja. Hasil kajian menunjukkan terdapat lima faktor halangan dalam penggunaan label pemakanan remaja iaitu tidak berminat, pengalaman lepas, rasa lapar dan ketagihan makanan, kekangan masa serta rasa makanan. Golongan remaja menunjukkan minat untuk mempelajari berkaitan label pemakanan di mana majoriti peserta memilih pendidikan menggunakan media sosial seperti Instagram untuk mempelajari jenis pelabelan dan kandungan nutrien yang perlu dinyatakan pada label serta istilah-istilah yang biasa digunakan dalam label pemakanan. Fasa II merangkumi proses pembentukan kandungan media, penilaian kesahan dan kebolehpercayaan kandungan media. Mesej pendidikan yang dibangunkan terbahagi kepada tujuh topik utama iaitu pengenalan kepada label pemakanan, saiz hidangan dan makronutrien, panel maklumat pemakanan, akuan pemakanan, ikon pek hadapan tenaga, logo pilihan lebih sihat (HCL) dan penggunaan label pemakanan dalam pemilihan makanan. Secara keseluruhan, 92.7% subjek menunjukkan penerimaan yang positif kepada media pendidikan yang telah dibangunkan. Subjek mencadangkan penggunaan lagu latar yang trending dan terkini serta grafik yang lebih menarik, warna yang terang dan saiz tulisan yang mudah dibaca untuk meningkatkan pemahaman. Mesej yang dibentuk, dimuatkan di laman Instagram yang diberi nama Info-Nutriteen®. Fasa III pula melibatkan pelaksanaan program Info-Nutriteen® untuk menilai keberkesanan program terhadap KAP label pemakanan dan status pemakanan golongan remaja. Fasa ini merupakan kajian kuasi-eksperimental melibatkan 130 orang subjek (63 orang intervensi dan 67 orang kawalan). Subjek dalam kumpulan intervensi telah mengikuti laman Info-Nutriteen® selama 8 minggu. Analisis matriks menunjukkan penglibatan subjek adalah tinggi di awal kajian dan semakin merosot hingga ke akhir program. Hasil kajian menunjukkan 76.2% subjek memilih pelabelan pek hadapan (FOP) semasa memilih makanan berbanding hanya 23.8% yang memilih panel maklumat pemakanan. Hasil juga menunjukkan keberkesanan kepada pengetahuan pemakanan, pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan label pemakanan serta ukur lilit pinggang. Namun, tiada perubahan ditunjukkan terhadap amalan membaca maklumat-maklumat pemakanan dan BAZ selepas mengikuti program Info-Nutriteen®. Kesimpulannya, program Info-Nutriteen® berkesan untuk meningkatkan KAP label pemakanan dalam pemilihan makanan golongan remaja. Sehubungan itu, kajian seterusnya perlu memberi penekanan kepada kaedah yang efektif untuk meningkatkan penglibatan subjek dalam program pendidikan menggunakan media sosial di samping memastikan impak jangka masa panjang terhadap pengekalan perubahan tingkah laku pemakanan yang dapat menyumbang kepada pengurusan obesiti.,Ijazah Doktor Falsafah (Pemakanan) |
Pages: | 443 |
Call Number: | WA695.N863p 2021 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.