Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519902
Title: Keperluan dan perlaksanaan perkhidmatan teleaudiologi di pusat perkhidmatan pendidikan khas
Supervisor: Quar Tian Kar, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Telemedicine
Issue Date: 11-Jan-2020
Description: Teleaudiologi ialah salah satu cabang telekesihatan yang menawarkan perkhidmatan audiologi jarak jauh dengan menghubungkan pesakit dan profesional atau sesama profesional. Perkhidmatan ini mungkin dapat meningkatkan kecekapan audiologis pendidikan memandangkan hanya terdapat lima audiologis pendidikan dan lapan peripatetik di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di Malaysia. Kajian ini mempunyai dua fasa iaitu fasa pertama bertujuan untuk meneroka peranan dan cabaran audiologis pendidikan dan peripatetik serta sikap mereka terhadap teleaudiologi. Fasa kedua bertujuan untuk melaksanakan perkhidmatan teleaudiologi di 3PK. Fasa pertama melibatkan 13 subjek yang terdiri daripada audiologis pendidikan dan peripatetik dengan min umur 44.2 (± 6.9) tahun dan pengalaman perkhidmatan selama 7.8 (±3.3) tahun. Analisis tematik dan kandungan temu bual mendalam separa berstruktur telah menghasilkan sembilan tema dan 28 subtema bagi kategori peranan dan lima tema serta 22 subtema bagi kategori cabaran. Hasil survei Pengukuran Sikap Pengamal Kesihatan terhadap Teleaudiologi (MyATS-P) menunjukkan responden berpendapat teleaudiologi memberi kesan positif (x̅ =1.96, s= 1.50) dan 'agak bersedia' menggunakan teleaudiologi dalam pelbagai tugasan klinikal (x̅ =3.16, s= 1.36) dan klien (x̅ =3.46, s= 1.16). Fasa kedua melibatkan 25 MBK bagi penilaian kesahan dan lima MBK bagi penilaian kebolehpercayaan ujian teleaudiologi. Nilai kesahan adalah tinggi bagi video otoskopi [κ =0.73, p < 0.05], ujian timpanometri (ICC > 0.91), saringan refleks akustik (> 80% persetujuan), ujian nada tulen (ICC > 0.91) dan real ear insertion gain (R2 = 0.72). Kebolehpercayaan penilai dalaman adalah tinggi bagi video otoskopi [κ = 1.00, p < 0.05], ujian timpanometri (ICC > 0.90), saringan refleks akustik (80% persetujuan) dan ujian nada tulen (ICC > 0.97). Tahap kepuasan penggunaan teleaudiologi dinilai berdasarkan soal selidik dan menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi bagi lima audiologis pendidikan (x̅ skor > 5) dan lima fasilitator (x̅ skor > 6.0). Kesimpulannya, kajian ini mungkin memberi manfaat kepada audiologis pendidikan berdasarkan penerokaan peranan dan cabaran mereka di 3PK dan perkhidmatan teleaudiologi telah berjaya dilaksanakan ke atas populasi masalah pendengaran serta telah mewujudkan kolaborasi profesional,Doktor Falsafah(PhD)
Pages: 321
Call Number: W83.M697k 2020 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120879+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.