Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519901
Title: Profil lipid air mata dan hubungannya dengan status penilaian klinikal mata kering dalam satu sampel populasi dewasa muda di Kuala Lumpur
Authors: Mohamad Hanif Hajar Maidin (P65536)
Supervisor: Bariah Mohd Ali, Prof.
Keywords: Dacryocystitis
Tears
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 25-Sep-2020
Description: Lapisan lipid air mata berfungsi melambatkan sejatan dan mempengaruhi kestabilan air mata. Kestabilan rendah air mata menyumbang kepada prevalens tinggi mata kering masyarakat Asia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil lipid air mata populasi muda dewasa yang tinggal di Kuala Lumpur dan hubungannya dengan pemeriksaan klinikal mata kering. Seramai 107 orang subjek (35 lelaki dan 72 perempuan) yang sihat telah terlibat dalam fasa pertama kajian ini. Purata umur subjek adalah 23.08 ± 2.62 tahun. Subjek disaring menggunakan McMonnies Dry Eye Questionnaire (MDEQ) dan menjalani pemeriksaan klinikal meliputi masa rekahan airmata (TBUT), ujian benang fenol merah (PRT), pengredan penampilan okular meliputi kemerahan konjunktiva dan limbus, pewarnaan flurosein kornea, meiboscore, osmolariti, ketebalan lipid air mata (TLL) dan lidwiper epitheliopathy (LWE). Bagi kajian makmal, sampel meibum diambil secara rawak daripada 14 orang subjek kajian dan dianalisa menggunakan RP HPLC-ESI-MS. Hasil MDEQ menunjukkan seramai 36 orang mempunyai mata kering (DE) dan 71 orang tiada mata kering (NDE). Analisa keputusan kajian klinikal menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.01) antara DE dan NDE untuk TBUT, PRT dan osmolariti, menggunakan ujian t. Analisa menggunakan ujian chi square turut menunjukkan perbezaan signifikan untuk LWE (p<0.05) serta Meiboscore (p<0.05) antara DE dan NDE. Tiada perbezaan signifikan didapati untuk TLL (p=0.56), kemerahan konjunktiva (p=0.09) dan kemerahan limbus (p=0.23). Namun extrapolasi data selanjar bagi pengelasan kemerahan konjunktiva menunjukkan perbezaan signifikan dengan ujian Mann Whitney (p<0.05) tetapi tidak untuk kemerahan limbus. Ujian Man Whitney turut menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi bilangan kelenjar Meibomian bagi kedua-dua kumpulan (p = 0.38). Walaubagaimanapun tiada korelasi antara TBUT, meiboskor dan TLL. Pada fasa kedua kajian profil lipid dijalankan pada 14 sampel lipid menggunakan ujian fasa berbalik HPLC-MS-ESI. Turus C18 sebagai fasa pegun dan metanol dan air sebagai fasa gerak dengan kaedah cerun. Kepekatan lipid tidak berkutub didapati mengurang pada DE sekitar 12% dan berbeza secara signifikan (p<0.05) dengan NDE. Perbandingan komponen lipid spesifik tidak menunjukkan perbezaan yang nyata (p>0.05) kecuali untuk fosfatidil serin, PS pada (p<0.01). Analisa korelasi lipid dengan bacaan klinikal tidak menunjukkan korelasi dengan TBUT dan meiboscore. CE merupakan satu-satunya spesis lipid tidak berkutub menunjukkan korelasi sederhana dan signifikan dengan TLL (rs = 0.61, p<0.05) dan PRT (r = 0.66, p<0.05). Bagi spesis lipid berkutub PS menunjukkan koreasi sederhana dan signifikan dengan LWE (rs = 0.69, p<0.01), dengan MDEQ (r = 0.57, p<0.05) dan dengan osmolariti (r = 0.56, p<0.05) manakala SM menunjukkan korelasi yang tinggi dan signifikan dengan kemerahan konjunktiva Efron (rs = 0.73, p=<0.01). Lipid secara berkumpulan menunjukkan korealsi dengan LWE dan PRT. Lipid tidak berkutub mempunyai korelasi negetif dan signifikan dengan LWE (rs = -0.66, p<0.05) serta korelasi positif dan signifikan dengan PRT (r = 0.56, p<0.05). Kajian menunjukkan 33% subjek mengalami DE tanpa perubahan nyata dalam penampilan okular. LWE dan penandaan kornea menunjukkan desikasi permukaan okular yang mungkin terjadi akibat pengurangan komponen lipid tak berkutub air mata. Ini secara tidak langsung menyebabkan nilai rekahan air mata yang rendah di kalangan subjek Asia. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk pengurusan pesakit DE di Malaysia.,Doktor Falsafah
Pages: 170
Call Number: WW208.M697p 2020 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120064+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.