Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519888
Title: Pembentukan dan keberkesanan suatu sistem saringan penglihatan prasekolah di Malaysia
Supervisor: Rokiah Hj. Omar, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Vision
Ocular
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Mar-2020
Description: Guru prasekolah merupakan sumber tenaga manusia sedia ada di premis prasekolah dan terbukti kompeten selaku penyaring dalam ujian saringan penglihatan kanak-kanak prasekolah. Walau bagaimanapun, pengekalan pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang dilatih ini adalah suatu yang tidak diketahui. Kajian ini bertujuan mewujudkan sistem saringan penglihatan prasekolah dalam kalangan guru-guru prasekolah KEMAS Malaysia dengan menggunakan KieVisionTM Kit Saringan Penglihatan Prasekolah. Kajian ini meneliti pengetahuan dan kompetensi guru-guru prasekolah terlatih. Perbincangan kumpulan fokus dilakukan untuk menentukan penambahbaikan modul kursus asal dan modul kursus pensijilan semula. Keberkesanan modul-modul yang dibina semula dikaji melalui kajian eksperimen. Didapati hampir separuh daripada guru-guru ini menunjukkan keputusan ujian pada kategori skor sederhana ke skor lemah dalam ujian semula. Hal ini menunjukkan keperluan untuk kursus pensijilan semula demi memastikan keberkesanan berterusan guru-guru dalam melakukan ujian saringan penglihatan. Berjumlah 66 orang guru prasekolah direkrut untuk modul kursus pensijilan dan 66 lagi direkrut untuk modul kursus pensijilan semula. Mereka dibahagikan kepada Kumpulan Kajian (n = 33) dan Kumpulan Kawalan (n = 33) dan diminta menjalankan ujian saringan penglihatan ke atas 15 orang kanak-kanak di premis masing-masing selepas tamat berkursus. Bagi modul kursus pensijilan, hasil kajian menunjukkan nilai kesahan yang lebih tinggi bagi keputusan ujian saringan penglihatan guru-guru prasekolah dalam Kumpulan Kajian (sensitiviti = 76.06% , spesifisiti = 98.91%) dibandingkan dengan Kumpulan Kawalan (sensitiviti = 69.35%, spesifisiti = 92.61%). Nilai kesahan hasil kajian guru-guru prasekolah Kumpulan Kajian (sensitiviti=66.67%, spesifisiti=94.95%) juga didapati lebih tinggi berbanding Kumpulan Kawalan (sensitiviti = 36.00%, spesifisiti = 93.50%) dalam modul kursus pensijilan semula. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua modul baharu ini adalah berkesan dan meningkatkan ketepatan guru-guru prasekolah untuk mengesan gangguan penglihatan kanak-kanak. Pada peringkat terakhir kajian, draf kertas polisi disediakan untuk Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi mengetengahkan program ini untuk diterapkan ke dalam silibus latihan guru KEMAS bersama dengan program pengekalan kemahiran yang berterusan sepanjang perkhidmatan guru-guru ini. Pengurangan prevalens gangguan penglihatan kesemua kanak-kanak prasekolah di Malaysia dapat dicapai jika digubalkan dasar bagi pelaksanaan program saringan penglihatan prasekolah di peringkat kebangsaan.,Ph.D.
Pages: 395
Call Number: 9 Tesis Cd WW103. T161p 2019
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118534+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.