Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519883
Title: Pembangunan latihan auditori berkomputer untuk dewasa tua: modul latihan mendengar dalam hingar
Authors: Nurul Huda Bani (P68825)
Supervisor: Nashrah Maamor, Dr.
Keywords: Hingar
Auditori
Pertuturan
Penuaan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-Sep-2019
Description: Latihan auditori dapat meningkatkan kemahiran komunikasi golongan dewasa tua. Latihan auditori sedia ada di pasaran didapati tidak sesuai bagi populasi dewasa tua di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan latihan auditori berkomputer (CBAT) untuk dewasa tua dengan menumpukan kepada kemahiran pertuturan dalam hingar. Kebolehan mendengar pertuturan dalam suasana hingar merupakan kemahiran yang kerap terjejas akibat penuaan. Pembangunan modul latihan ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama adalah pembangunan bahan pertuturan dalam Bahasa Melayu yang mempunyai kebolehfahaman yang sama. Bahan pertuturan tersebut dihasilkan setelah melalui tiga peringkat utama, iaitu peringkat analisis kandungan berasaskan kajian lepas, peringkat pembinaan dan rakaman bahan pertuturan dalam hingar, dan peringkat penyeragaman kebolehfahaman ayat. Secara keseluruhannya, 115 ayat Bahasa Melayu yang mempunyai kebolehfahaman yang sama telah dibangunkan. Fasa kedua pula melibatkan pembangunan CBAT dan penilaian kebolehgunaan sistem tersebut dalam kalangan dewasa tua. Pembangunan CBAT modul pertuturan dalam hingar ini adalah berasaskan maklumat tinjauan kepustakaan berkaitan ciri-ciri sistem yang terdapat di pasaran. Rekabentuk modul adalah mengikut papan cerita yang dibina hasil analisis kajian-kajian lepas dan perbincangan pakar dalam bidang. Prototaip CBAT seterusnya dibangunkan mengikut spesifikasi rekabentuk yang dipersetujui. Peringkat terakhir kajian adalah menguji kebolehgunaan prototaip CBAT ini ke atas 30 orang dewasa tua. Dapatan kajian adalah satu modul latihan pertuturan dalam hingar berkomputer dengan protokol latihan yang adaptif dan rekabentuk yang sesuai bagi golongan dewasa tua. Subjek dewasa tua dalam kajian ini dapat menjalani latihan dengan baik tetapi 90% daripada subjek masih memerlukan bantuan untuk memahami arahan di peringkat awal. Majoriti subjek (90%) mempunyai persepsi yang positif dan berpuashati dengan rekabentuk antaramuka sistem yang dibangunkan. Beberapa isu telah dikenalpasti untuk penambahbaikan dalam peringkat seterusnya. Rumusannya, prototaip CBAT yang dihasilkan ini sesuai diperkembangkan ke peringkat lanjut untuk membolehkan latihan auditori berkomputer diaplikasikan dengan lebih meluas di Malaysia.,Ph.D.
Pages: 194
Call Number: Tesis Cd WV272. N974p 2019
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113788+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.