Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519881
Title: Pembangunan bahan dan efikasi sistem latihan auditori-kognitif dalam kalangan warga tua dengan tahap kognitif normal dan masalah neuro-kognitif
Authors: Yusmeera Yusof (P68814)
Supervisor: Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, Prof. Dr.
Keywords: Gangguan kognitif
Auditori -- Kognitif
Warga tua
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Jan-2019
Description: Gangguan kognitif menyusutkan kapasiti memori bekerja dan mungkin mempengaruhi kebolehan rekognisi pertuturan terutamanya di dalam persekitaran yang bising. Namun, elemen gangguan kognitif kurang diberi perhatian di dalam sistem latihan auditori-kognitif sedia ada. Maka, kajian ini bertujuan untuk membangun bahan sistem latihan auditori-kognitif dan teknik penilaian dengan memasukkan elemen gangguan kognitif serta mengukur efikasi sistem latihan dalam kalangan warga tua dengan tahap kognitif normal dan dengan masalah neuro-kognitif. Tiga fasa penyelidikan telah dijalankan iaitu fasa pembangunan bahan sistem latihan, fasa pencapaian reka bentuk model penilaian dan fasa efikasi latihan auditori-kognitif. Fasa Pertama menggunakan gabungan kaedah triangulasi kualitatif, tinjauan, perbincangan kumpulan fokus dan penilaian panel pakar. Ia menghasilkan lima reka bentuk bahan: i) rakaman suara bagi perkataan Bahasa Melayu sebagai bahan ransangan; ii) rakaman suara bagi soalan mudah sebagai gangguan kognitif; iii) lukisan garis sebagai bahan tindak balas; iv) reka bentuk model penilaian; dan v) modul latihan. Fasa Kedua mengukur pencapaian reka bentuk model penilaian dalam kalangan warga tua dengan dua kategori: tahap kognitif normal=23, dan masalah neuro-kognitif=17, yang menjalani latihan selama 45 minit/ sesi, 3 sesi/ minggu bagi 8 minggu berturut-turut. Pengukuran pencapaian Modul Jangka Ingatan Perkataan (MJIP), Modul Ingatan Susunan Perkataan (MISP) dan Modul Ingatan Kedudukan Perkataan (MIKP) direkod secara automatik oleh sistem latihan pada dasar, minggu 1, 2, 3, 4, 5 , 6, 7 dan 8. Ujian ANOVA bercampur menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian berbanding masa bagi MJIP (p<0.05), MISP (p<0.05) dan MIKP (p<0.001), di mana magnitud perubahan dalam kategori kognitif normal adalah lebih besar berbanding kategori masalah neuro-kognitif. Pada Fasa Ketiga, percubaan klinikal berbentuk kuasi-eksperimen secara kaburan berganda dilakukan ke atas warga tua dengan tahap kognitif normal (kumpulan latihan=23, kumpulan kawalan=20) dan dengan masalah neuro-kognitif (kumpulan latihan=17, kumpulan kawalan=16). Kumpulan latihan menjalani 24 sesi latihan auditori-kognitif (45 minit/ sesi, 3 sesi/ minggu) selama 8 minggu berturut-turut. Kumpulan kawalan menjalani sesi tontonan dokumentari dalam tempoh yang sama. Pengukuran hasil melalui ujian mendengar dalam hingar (MyHINT), sela dalam hingar (GIN), ujian turutan paten nada (PPST), ujian digit dikotik (DDT) dan Montreal Cognitive Assessment (MoCA) dilakukan pada dasar, minggu keempat dan kelapan semasa latihan, dan selepas empat minggu latihan tamat. Ujian ANOVA bercampur menunjukkan terdapat kesan latihan yang signifikan bagi skor MoCA dan domain ingatan tertangguh untuk kumpulan dengan kognitif normal (p<0.001) dan kumpulan dengan masalah neuro-kognitif (p<0.01). Selain itu, kumpulan dengan tahap kognitif normal menunjukkan kesan pindah dekat pada skor MyHINT dalam senyap (p<0.01), GIN (p<0.001), PPST dengung (p<0.05), DDT (p<0.01), pemikiran abstrak (p<0.001) dan orientasi (p<0.05). Kumpulan dengan masalah neuro-kognitif turut menunjukkan kesan pindah dekat yang terhad iaitu pada skor DDT (p<0.01), bahasa (p<0.01) dan pemikiran abstrak (p<0.01). Kesan tersebut didapati mapan walaupun setelah empat minggu latihan dihentikan. Kesimpulannya, Sistem Latihan Auditori-Kognitif yang baru dibangunkan berpotensi meningkatkan kemahiran kognitif dan sebahagian keupayaan pemprosesan auditori pusat. Namun, kesan latihan tidak dipindahkan kepada peningkatan kemahiran rekognisi pertuturan di dalam hingar.,Ph.D.
Pages: 310
Call Number: WM425.5.C6.Y95p 2019 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103646+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.