Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519879
Title: | Amalan puasa sunat berselang (Isnin dan Khamis) terhadap fungsi kognitif, petunjuk biokimia, status oksidatif, dan pemprofilan metabolit warga emas dengan gangguan kognitif ringan |
Authors: | Asheila Meramat (P84100) |
Supervisor: | Razinah Sharif, Dr. |
Keywords: | Puasa Anti-penuaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 12-Jun-2018 |
Description: | Di Negara Barat, model puasa berselang dikenalpasti sebagai model anti-penuaan. Namun, tahap kepatuhan terhadap model tersebut adalah rendah dan kesan neuroperlindungannya masih belum dikenalpasti. Amalan puasa sunat Isnin dan Khamis sebagai model puasa berselang yang lebih lestari bagi penambahbaikan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mengalami masalah gangguan kognitif ringan (MCI). Oleh itu, objektif kajian ini adalah menentukan kesan pengamalan puasa sunat berselang (SIF) terhadap fungsi kognitif, petunjuk biokimia, status oksidatif, serta pemprofilan metabolomik warga emas yang mengalami MCI. Kajian ini melibatkan 99 warga emas Melayu yang mengalami MCI berumur 60 tahun dan ke atas, serta tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal. Kajian ini merupakan kajian susulan 36 bulan setelah didiagnos MCI. Sebanyak 10 ml darah ketika berpuasa diambil pada peringkat dasar dan susulan 36 bulan. Pengukuran kognitif diukur menggunakan Pemeriksaan status mental mini (MMSE), Penilaian kognitif Montreal (MoCA), Ujian Pembelajaran Auditori Verbal Rey (RAVLT), Span digit dan symbol digit. Tekanan oksidatif ditentukan melalui pengukuran aras malondialdehid (MDA), dan superoksida dismutase (SOD). Kerosakan DNA ditentukan melalui Asai Komet Beralkali. Manakala protein C-reaktif (CRP) dan insulin ditentukan menggunakan kaedah ELISA. Bagi pemprofilan metabolit, kaedah Resonan Magnetik Nuklear (NMR) dilakukan pada susulan 36 bulan. Kajian mendapati pada peringkat susulan 36 bulan lebih ramai subjek MCI yang mengamalkan SIF kembali kepada penuaan berjaya (tiada gangguan fungsi kognitif dan ketidakhadiran penyakit) iaitu sebanyak 24.3% berbanding kumpulan yang jarang mengamalkan SIF (14.3%) dan tidak mengamalkan SIF (3.7%). Subjek yang mengamalkan SIF mempamerkan penurunan aras MDA, peratusan ekor DNA (TD) dan momen ekor (TM), aras CRP dan aras insulin secara signifikan setelah susulan 36 bulan (MDA, dasar: 36 bulan; 87.58±10.23: 56.10±10.41 nmol/mg protein; TD, 12.06±1.61%: 8.44±2.59%; TM, 0.86±0.03%: 0.41±0.01%; CRP, 1.66±0.08: 0.63±0.01 mg/L dan INS, 112.61±0.96: 92.97±0.88 pmol/L) (p<0.05). Bagi aras SOD pula menunjukkan peningkatan signifikan dalam subjek SIF selepas 36 bulan susulan (SOD, 55.73±9.31: 74.11±2.89 u.e/min/mg protein) (p<0.05). Manakala, corak sebaliknya dapat dilihat pada subjek MCI yang tidak mengamalkan SIF. Terdapat tujuh metabolit yang terlibat semasa pengamalan SIF iaitu 3-hidroksibutirat, asetat, asetoasetat, n-asetilglukosamin, guanosin, glukos, dan N-asetilserotonin melalui metabolisme glukos, metabolisme asid amino, dan metabolisme keton yang membantu dalam memberi kesan neuroperlindungan (neurogenesis). Petunjuk biokimia pada susulan 36 bulan mendapati ekor DNA, aras SOD, aras CRP dan aras insulin serta aras kolesterol HDL merupakan faktor pengantara di antara pengamalan SIF dengan fungsi kognitif setelah diselaraskan kovariat seperti umur, tahun pendidikan, BMI dan ukur lilit pinggang (p<0.05). Kesimpulannya, amalan SIF merupakan model yang lestari dalam menurunkan kerosakan oksidatif dan mengaruh kehadiran metabolit neuroperlindungan dalam mengembalikan populasi yang mengalami MCI pada peringkat dasar kepada penuaan berjaya selepas 36 bulan susulan kajian.,Ph.D. |
Pages: | 319 |
Call Number: | WM425.5.C6.A824a 2018 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103587+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.