Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519877
Title: | Perubahan ciri-ciri fungsi retina (mfERG) dan keutuhan morfologi makular pada kanak-kanak pramatang dengan Retinopathy of Prematurity (ROP) |
Authors: | Norlaila binti Mat Daud (P60331) |
Supervisor: | Rokiah Omar, Prof Datuk Dr. |
Keywords: | Pramatang Retinopathy of Prematurity Penglihatan Kanak-kanak Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-Sep-2018 |
Description: | Kelahiran pramatang merupakan salah satu punca berlakunya masalah penglihatan dikalangan kanak-kanak di Malaysia. Kejadian penyakit Retinopathy of Prematurity (ROP) telah meningkatkan risiko masalah penglihatan lagi teruk. Objektif kajian ini adalah menentukan demografi kanak-kanak pramatang dengan ROP, ciri-ciri mfERG dan keutuhan morfologi makular serta membandingkan dengan kanak-kanak normal dan menentukan hubungan mfERG dengan ketebalan fovea, panjang aksial, status refraktif dan penglihatan warna pada kanak-kanak ROP. Tiga fasa kajian dijalankan iaitu fasa pertama adalah penyediaan data piawai makmal elektroretinogram multifokal (mfERG) dengan alat ERG REti-port Scan 21, fasa kedua adalah kajian retrospektif ROP dan fasa ketiga adalah kajian kes ROP dan kawalan. Keputusan kajian (n=247) menunjukkan berat lahir 750 - 999 g adalah paling ramai (35.6%) diikuti dengan 1000 - 1249 g (32.0%), 1250 - 1499 (14.2%). Usia kelahiran pramatang antara 28 - 29 minggu adalah paling tinggi (34.4%) diikuti dengan 26 - 27 minggu (25.1%), 30 - 31 minggu 923.1%), 32 - 33 minggu (10.1%) dan 24 - 25 minggu (4.5%). Tahap ROP 1 adalah paling tinggi iaitu 40.5%, diikuti dengan tahap ROP 3 (37.6%), tahap ROP 2 (14.6%), tahap ROP 4 (6.5%) dan tahap ROP 5 (0.8%). Corak tahap ROP telah menunjukkan berlaku peningkatan untuk tahap ROP 1 manakala yang lain menurun. Berdasarkan tahun kajian, kategori ROP memberi kesan signifikan dengan berat lahir (F = 3.37, p = 0.032) dan usia pramatang (F = 4.98, p = 0.027). Usia pramatang memberi kesan signifikan dengan berat lahir (F = 10.08, p = 0.000) dan tahun kelahiran memberi kesan signifikan dengan usia pramatang (F = 3.37, p = 0.021). Jantina lelaki adalah 0.9 kali kebarangkalian dan bangsa India adalah 1.16 kali kebarangkalian mendapat ROP teruk. Semakin tinggi usia pramatang dan berat lahir, semakin rendah risiko mendapat ROP teruk. Kelahiran kembar adalah 1.4 kali kebarangkalian dan kelahiran dibantu adalah 1.6 kali kebarangkalian mendapat ROP teruk. Ketebalan fovea dan sentral makular adalah berbeza signifikan dengan kawalan, p > 0.05. Namun tiada hubungan korelasi antara hasil mfERG dengan tebal fovea, panjang aksial mata, status refraktif dan penglihatan warna. Kesimpulannya, usia pramatang dan berat lahir adalah faktor risiko mendapat ROP teruk. Kanak-kanak lahir pramatang dengan ROP ringan telah menyebabkan fovea menjadi lebih tebal, lekuk yang lebih cetek namun reseptor kon adalah tidak terjejas.,Doktor Falsafah |
Pages: | 117 |
Call Number: | WW270.N841p 2018 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100976+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.