Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519876
Title: Sikap pengamal kesihatan terhadap pesakit yang membunuh diri dan keberkesanan program intervensi tanya, pujuk dan rujuk
Authors: Siau Ching Sin (P78462)
Supervisor: Wee Lei Hum, Profesor Madya Dr.
Keywords: Bunuh diri
Pengamal kesihatan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Mar-2018
Description: Kajian menunjukkan 90% pesakit yang maut akibat membunuh diri pernah mendapatkan perkhidmatan kesihatan sebelum membunuh diri. Pengamal kesihatan merupakan ejen pencegahan membunuh diri yang penting, tetapi kajian luar negara mendapati mereka mempunyai sikap negatif terhadap pesakit membunuh diri. Kajian terulung di Malaysia ini bertujuan memahami sikap pengamal kesihatan terhadap pesakit membunuh diri dan faktor-faktor mempengaruhinya serta keberkesanan program intervensi pencegahan membunuh diri Tanya, Pujuk dan Rujuk. Kajian ini menggunakan kaedah campuran. Dalam kajian kuantitatif, instrumen-instrumen mengukur sikap terhadap membunuh diri, pengetahuan kendiri dan keyakinan diri pencegahan kejadian membunuh diri disahkan. Hasil kutipan data (n=368) mendapati kebanyakan peserta melaporkan sikap negatif terhadap tingkah laku membunuh diri dan sikap positif terhadap pesakit membunuh diri. Berdasarkan model regresi linear pelbagai, pengamal kesihatan perempuan, doktor, jururawat, Jabatan Psikiatri, pernah berideasi membunuh diri dan berpencapaian kendiri rendah mempunyai sikap positif (k<0.05), manakala kehadiran simptom kemurungan, kebimbangan, stres dan depersonalisasi meramalkan sikap negatif terhadap pesakit membunuh diri (k<0.05). Untuk kajian kualitatif (n=33), analisis tema temubual mendalam bersemuka mendapati faktor-faktor pesakit, pengamal kesihatan dan persekitaran pekerjaan mempengaruhi komponen afektif, kognitif dan tingkah laku pengamal kesihatan terhadap pesakit membunuh diri. Hasil triangulasi mengesahkan peserta mempunyai kombinasi sikap positif dan negatif. Berdasarkan Teori Disonans Kognitif, konflik dalaman berlaku akibat percanggahan domain afektif, kognitif dan tingkah laku terhadap pesakit membunuh diri. Untuk kajian intervensi, peserta intervensi (n=53) dilatih dalam kaedah pencegahan membunuh diri Tanya, Pujuk dan Rujuk. Peserta intervensi melaporkan peningkatan nilai sikap, pengetahuan kendiri dan keyakinan diri selepas program tamat, tetapi hanya pengetahuan kendiri dan keyakinan diri mampu dikekalkan tiga bulan kemudian (k>0.05). Perbandingan dengan kumpulan kawalan (n=106) menunjukkan nilai sikap, pengetahuan kendiri dan keyakinan diri bertambah positif untuk peserta intervensi (k<0.05). Kajian ini menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mental, peningkatan pengetahuan dan keyakinan diri pengamal kesihatan dalam membentuk sikap positif terhadap pesakit membunuh diri menerusi inisiatif individu dan organisasi.,Doktor Falsafah
Pages: 406
Call Number: W21.5.S562s 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100972+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.