Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519873
Title: Aktiviti penyembuhan luka dan penilaian ketoksikan zerumbone terhadap haiwan kajian
Authors: Chong Pek Lian (P63279)
Supervisor: Asmah Hamid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Luka
Zerumbone
Rizom Zingiber zerumbet
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jun-2018
Description: Pengurusan luka kurang efektif dan infeksi sekunder yang mengakibatkan kematian merupakan antara masalah penjagaan kesihatan utama di dunia. Zerumbone, adalah sejenis kompaun aktif utama rizom Zingiber zerumbet telah dibuktikan mempunyai aktiviti anti-inflamasi, antimikrob dan antioksidan secara saintifik. Jus rizomnya juga digunakan sebagai rawatan kulit dan penyembuhan luka secara tradisional. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penyembuhan luka zerumbone serta menilai ketoksikan zerumbone yang berpotensi dibangunkan sebagai dadah. Sebanyak 120 ekor tikus jantan Wistar dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kawalan negative (NEG), kawalan positif (POS), gel zerumbone 5 % (ZER 5) dan 10 % (ZER 10). Luka dengan saiz ukurlilit 6 mm diaruh pada bahagian dorsal tikus dan disapu rawatan setiap hari mengikut kumpulan. Kemudian, sebanyak enam ekor tikus kajian dalam setiap kumpulan masing-masing dikorbankan pada hari 1, 3, 6, 10, dan 14 setelah aruhan luka. Hasil kajian menunjukkan ZER 5 dan ZER 10 memberi kesan penyembuhan yang signifikan (p< 0.05) berbanding dengan kawalan NEG, termasuk penutupan luka, aktiviti cathepin B, aras heksosamin, asid uronik, hidroksiprolin, PDGF-AB, TGF-β1, FGF-2 serta pemerhatian histologi. Seterusnya, ketoksikan dermal ZER 5, ZER 10 dan gel 20 % (ZER 20) dinilai melalui ujian iritasi (OECD 404) dan ujian sensitizasi (OECD 406). Didapati hanya ZER 10 dan ZER 20 dikelaskan sebagai perengsa ringan berdasarkan keputusan pengiraan indeks iritasi primer (PDII), masing-masing iaitu sebanyak 0.79 dan 1.92. Kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p<0.05) bagi penilaian kehilangan air transepidermal (TEWL), melanin, eritema, dan sebum kumpulan ZER 5 dan ZER 10 berbanding dengan kawalan negatif. Manakala, potensi sensitizasi gel zerumbone didapati bermula dari dos 2.5%. Kemerahan dan edema kulit yang ringan diperhatikan. Namun, tiada perubahan histopatologi kulit diperhatikan di semua kumpulan rawatan, menandakan iritasi dan sensitisasi aruhan gel zerumbone adalah lemah dan berbalik pada dos rendah. Kajian ketoksikan oral akut (OECD 420) dan subakut (OECD 407) dijalankan terhadap tikus Sprague Dawley dengan mengukur pengambilan makanan dan minuman, berat relatif organ, ujian biokimia, profil hematologi dan pemerhatian histologi organ. Kajian akut mendapati nilai jangkaan LD50 zerumbone adalah di antara 300 mg/kg ke 2000 mg/kg. Zerumbone didapati berpotensi mengaruh hepatotoksisiti, dengan peningkatan signifikan aras GGT dan LDH kumpulan ZER 2000 (p<0.05). Tikus kumpulan ZER 2000 menjadi morbid dalam masa 48 jam dan dikorban. Ketaknormalan histologi hepar telah diperhatikan. Selanjutnya dalam kajian subakut, zerumbone 1000 mg/kg berpotensi menyebabkan kerosakan hepar dalam kedua-dua tikus jantan dan betina. Aras enzim ALT dan GGT didapati berbeza secara signifikan (p<0.05), dan perubahan histologi hepar diperhatikan. Kesan toksik adalah lebih sensitif terhadap tikus betina dan menyebabkan kematian dalam seminggu. Kesimpulannya, zerumbone berpotensi sebagai agen penyembuhan luka terutamanya pada dos 5%. Zerumbone agak selamat memandangkan ia tidak mengaruhkan ketoksikan sistemik pada dos rendah dalam fasa akut dan subakut, tetapi hanya mengaruhkan sensitisasi kulit yang ringan.,Doktor Falsafah
Pages: 438
Call Number: WO185.C548a 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100512+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.