Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519863
Title: Pembentukan dan keberkesanan program intervensi H.E.B.A.T! untuk kanak-kanak sekolah (10-11 tahun) yang berlebihan berat badan dan obes di Negeri Sembilan
Authors: Siti Sabariah binti Buhari (P60338)
Supervisor: Ruzita Abdul Talib, Prof. Dr.
Keywords: Amalan pemakanan
Gaya hidup aktif
Berat badan
Kanak-kanak
Obes
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Jul-2017
Description: Kajian ini bertujuan membentuk dan menilai keberkesanan program intervensi yang bertujuan untuk memperbaiki amalan pemakanan, gaya hidup aktif dan status berat badan kanak-kanak yang berlebihan berat badan di Negeri Sembilan. Program Healthy Eating & Be Active Trends! (Program H.E.B.A.T!) melibatkan kanak-kanak, ibubapa dan pihak sekolah serta memfokus kepada perubahan tingkahlaku dan persekitaran untuk mencapai matlamatnya. Komponen intervensi merangkumi kem H.E.B.A.T!, bengkel ibubapa serta pelbagai aktiviti di peringkat sekolah selama 12 minggu. Seramai 21 orang kanak-kanak dari sekolah intervensi dan 22 orang kanak-kanak dari sekolah kawalan yang berlebihan berat badan (IJT-untuk-umur >+1SP) terlibat dalam kajian ini. Purata umur subjek adalah 10.8±0.3 tahun. Kajian ini merangkumi empat fasa dalam proses pembentukan dan penilaian intervensi. Fasa I merangkumi proses penilaian keperluan bagi mengenalpasti faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi aktiviti fizikal dan diet kanak-kanak kajian. Hasil kajian fasa ini mencadangkan bahawa tahap aktiviti fizikal kanak-kanak tidak dipengaruhi oleh jumlah kemudahan yang disediakan. Walaubagaimanapun, kebolehdapatan makanan yang tidak berkhasiat menjadi salah satu faktor penggalak kepada kanak-kanak untuk mengambil makanan yang tidak sihat seterusnya meningkatkan kadar obesiti di kawasan kajian. Fasa II merangkumi penilaian kebolehlaksanaan program serta kesahihan kandungan modul intervensi. Hasil penilaian mendapati bahan intervensi yang dibentuk adalah bersesuaian, namun, beberapa kelemahan juga dikenalpasti dan telah diperbaiki sebelum diimplementasikan dalam fasa seterusnya. Fasa III merangkumi penilaian keberkesanan intervensi melalui penilaian proses mendapati program intervensi ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penilaian impak dan hasil dinilai berdasarkan pengiraan purata langkah, pengambilan tenaga dan makronutrien, tabiat pengambilan pemakanan, pengukuran skor-z IJT untuk umur, peratus lemak tubuh dan ukuran lilitan pinggang pada peringkat pra intervensi (T0), post intervensi 1 (T1) dan post intervensi 2 (T2). Hasil kajian menunjukkan kesan intervensi yang signifikan bagi purata langkah harian, skor z IJT untuk umur dan ukuran lilitan pinggang subjek kajian (p<0.05). Terdapat juga peningkatan yang signifikan dalam pengambilan buah-buahan serta penurunan dalam pengambilan gula-gula/coklat dan makanan ringan (keropok) selepas intervensi (p<0.05). Namun tiada kesan intervensi yang signifikan bagi pengambilan tenaga dan makronutrien serta peratus lemak tubuh subjek kajian. Fasa IV merupakan kajian kualitatif melalui perbincangan fokus berkumpulan yang melibatkan 18 ibubapa kepada kanak-kanak dari kumpulan intervensi bertujuan untuk mengenalpasti faktor halangan dan galakan dalam mengamalkan saranan program intervensi. Faktor kendiri anak, pengaruh ibubapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan media massa, persekitaran fizikal serta kekangan masa dikenalpasti sebagai faktor penghalang untuk kanak-kanak dan ibubapa untuk mengikuti saranan program intervensi. Program H.E.B.A.T! berjaya mencapai matlamatnya dalam menurunkan skor z IJT untuk umur, ukuran lilitan pinggang serta meningkatkan tahap aktiviti fizikal dan amalan pemakanan berkhasiat subjek kajian. Program ini boleh dijadikan rujukan oleh institusi kerajaan, swasta serta penggubal polisi dalam menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.,Doktor Falsafah
Pages: 500
Call Number: WS115.S623p 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99548+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.