Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519852
Title: Pengaruh faktor psikologi dan status diabetes terhadap kualiti hidup kesihatan serta keberkesanan program intervensi dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2
Authors: Rafidah Aini binti Pakri Mohamed (P68270)
Supervisor: Norhayati Ibrahim, Dr.
Keywords: Diabetes mellitus
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Feb-2016
Description: Fenomena peningkatan bilangan pesakit diabetes mellitus membawa kepada keperluan pengkajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup pesakit. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh faktor psikologi dan status diabetes terhadap kualiti hidup kesihatan (KHK) dan keberkesanan program intervensi terhadap ringkasan komponen fizikal dan ringkasan komponen mental kualiti hidup kesihatan di kalangan pesakit diabetes jenis 2. Ringkasan komponen fizikal merangkumi elemen kefungsian fizikal, kefungsian peranan fizikal, kesakitan badan dan kesihatan umum. Ringkasan komponen mental pula merangkumi elemen kefungsian sosial, kefungsian peranan emosi, kesihatan mental dan daya hidup. Kajian ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama kajian ini berbentuk kajian keratan rentas yang melibatkan pengunaan soal selidik Short-Form 36 (SF-36), Illness Perceptions Questionnaires - Revised (IPQ-R), Hospital Anxiety and Depression (HAD), Big Five Inventory (BFI) dan Strategi Daya Tindak Agama (SDTA) serta pengumpulan maklumat status diabetes ke atas 200 pesakit diabetes. Fasa kedua adalah fasa intervensi yang mengunakan metod eksperimen kuasi yang dijalankan selama 3 bulan. Fasa ini melibatkan 36 orang pesakit diabetes yang dipilih daripada kajian fasa pertama yang mempunyai masalah kebimbangan dan kemurungan. Program intervensi ini merangkumi elemen pengurusan tekanan, pendidikan diabetes dan strategi sokongan keagamaan. Data bagi kajian fasa pertama dianalisis dengan mengunakan ujian multivariat, korelasi Pearson, regresi mudah dan pelbagai manakala ujian Mixed Model ANOVA digunakan pada fasa kedua kajian. Keputusan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap kualiti hidup kesihatan bagi ringkasan komponen fizikal dan mental berdasarkan perbandingan umur, etnik, jenis pekerjaan dan tempoh rawatan diabetes. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) di antara komponen persepsi terhadap penyakit, kebimbangan, kemurungan, personaliti dan strategi daya tindak agama terhadap ringkasan komponen fizikal dan mental. Penentuan status diabetes yang merangkumi ujian biokimia darah bagi menentukan tahap glisemia dan fungsi organ tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan ringkasan komponen fizikal dan mental. Hasil intervensi selepas 3 dan 6 bulan susulan menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) terhadap kualiti hidup kesihatan bagi ringkasan komponen fizikal dan mental, persepsi terhadap penyakit, strategi daya tindak agama serta penurunan tahap kebimbangan dan kemurungan pesakit. Status diabetes iaitu tahap glisemia, profil lipid, aras kreatinin dan urin kortisol juga menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05). Kesimpulannya, faktor psikologi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kualiti hidup pesakit diabetes. Malah, program intervensi yang dijalankan juga telah memberi impak yang positif terhadap faktor psikologi dan status diabetes yang seterusnya membawa kepada peningkatan tahap kualiti hidup pesakit.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 326
Call Number: WA20.5.R138p 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96818+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
266.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.