Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519844
Title: Komposisi tubuh, fenotip metabolik dan faktor persekitaran yang berkaitan dengan polimorfisma gen obesiti pada kanak-kanak Melayu di Lembah Klang
Authors: Chong Pei Nee (P59277)
Supervisor: Poh Bee Koon, Prof. Dr.
Keywords: Obesiti
Berat badan berlebihan
Fenotip metabolik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Aug-2015
Description: Peningkatan prevalens obesiti kanak-kanak di Malaysia memberi justifikasi untuk menjalani kajian pengenalpastian kanak-kanak cenderung obesiti melalui penanda obesiti. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungkait gen obesiti dengan trait berkaitan obesiti dan interaksi gen-persekitaran dalam kalangan kanak-kanak Melayu. Sejumlah 557 kanak-kanak berlebihan berat badan dan obes (OW/OB) dan 538 kanak-kanak bukan-OW/OB yang berumur 7-12 tahun direkrut dari sekolah rendah di sekitar Lembah Klang. Ukuran antropometri termasuk berat badan, ketinggian, ukurlilit pinggang dan lipatan kulit. Indek jisim tubuh (IJT) dikategorikan berdasarkan carta rujukan pertumbuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2007. Komposisi tubuh diukur dengan teknik impedans bioelektrik. Aktiviti fizikal diukur dengan pedometer selama tujuh hari. Maklumat status sosio-ekonomi diperoleh melalui soal selidik. Pengambilan makanan diukur dengan rekod diet tiga hari. Tingkah-laku pemakanan dinilai dengan borang soal selidik tingkah-laku makan kanak-kanak yang telah divalidasikan, manakala tempoh tidur adalah secara lapor diri melalui borang soal-selidik. Sampel darah dikumpul dan DNA digenotip dengan Sequenom iPLEX® Gold assay semi-automatik. Sejumlah 100 sampel dipilih secara rawak bagi penjujukan Sanger. Subjek OW/OB mempunyai min kiraan langkah pedometer, tempoh tidur yang lebih rendah, tetapi, min IJT, pendapatan keluarga dan pengambilan tenaga yang lebih tinggi daripada bukan-OW/OB. Subjek OW/OB mempunyai LDL, trigliserida, glukosa darah berpuasa yang lebih tinggi tetapi HDL yang lebih rendah. Sebanyak 5.6% subjek OW/OB tetapi hanya 0.2% bukan-OW/OB mempunyai sindrom metabolik. Keputusan genotip menunjukkan polimorfisma tunggal nukleotida (SNPs) untuk fas apoptotic inhibitory molecule 2 gene (FAIM2) rs7138803 dan melanocortin-4 receptor genes (MC4R) rs17782313, rs12970134, fat mass- and obesity-associated gene (FTO) rs9939609, rs1121980, rs1421085, rs3751812, rs8050136 berkait dengan peningkatan kecenderungan obesiti secara signifikan dengan nisbah odd (OR) dalam julat 1.49 ke 2.82 (p<0.05). Brain-derived neurotrophic factor (BDNF) rs4074134 berkait dengan penurunan risiko obesiti dengan OR 0.78 setelah diselaraskan untuk umur dan jantina. Didapati subjek yang mencapai saranan langkah pedometer dan tidur lebih daripada lapan jam melemahkan hubungkait genotip dan IJT untuk FTO dan FAIM2, tetapi bukan untuk MC4R. Dengan itu, kajian ini membuktikan skor predisposisi genetik (GPS) yang mengabungkan kesan kesemua alel peningkat-IJT untuk FAIM2, FTO dan MC4R berinteraksi dengan tempoh tidur secara signifikan ke atas peningkatan BAZ. Kesan additif GPS memberikan kesan peningkatan BAZ hanya dalam kumpulan subjek yang tidur kurang daripada sembilan jam sahaja. Kajian ini membuktikan SNP pada FAIM2, FTO dan MC4R berkait dengan peningkatan risiko obesiti, tetapi BDNF mungkin memberi kesan pelindungan daripada obesiti. Kesan polimorfisma FTO dan FAIM2 ke atas IJT mungkin dapat dikurangkan dengan peningkatan aktiviti fizikal dan tempoh tidur. Kajian lanjutan dengan rekabentuk longitudinal dan ekperimen yang direka dengan berhati-hati amat diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya tentang kegunaannya dalam mereka-bentuk program pencegahan obesiti dalam kalangan kanak-kanak Melayu.,Ijazah Doktor Falsafah Sains Kesihatan
Pages: 290
Call Number: QP33.5.C548k 2015 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84758+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
439.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.