Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519762
Title: Globalisasi dan dasar sekuriti makanan: kajian kes keselamatan insan di Malaysia, 1981-2012
Authors: Bakri Mat (P46362)
Supervisor: Zarina Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Globalisasi
Sekuriti makanan
Keselamatan insan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jan-2015
Description: Globalisasi dalam era pasca Perang Dingin telah menyumbang kepada kemunculan isu keselamatan yang merentas sempadan, antaranya termasuklah ancaman sekuriti makanan. Konsep sekuriti makanan, membawa maksud bahawa semua manusia pada bila-bila masa memperolehi makanan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang aktif dan sihat. Di Malaysia, pelbagai dasar dan strategi di peringkat nasional berhubung sekuriti makanan telah dilaksanakan bertujuan untuk menjadikan Malaysia selamat daripada masalah ketidakjaminan makanan. Namun krisis kenaikan harga makanan dunia 2008 menunjukkan rakyat di negara ini terdedah pada ketidakjaminan makanan yang boleh menjejaskan keselamatan insan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimanakah keselamatan insan boleh terancam walaupun Malaysia sudah melaksanakan dasar dan strategi berhubung sekuriti makanan. Berasaskan konsep keselamatan insan sebagai pendekatan alternatif dalam sub disiplin bidang Hubungan Antarabangsa, kajian ini menghujahkan bahawa dasar dan strategi berhubung sekuriti makanan negara kurang berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan dalam sektor makanan dan menjadi antara punca isu ketidakjaminan makanan di Malaysia, justeru mengancam keselamatan insan. seperti yang terbukti dengan peningkatan defisit perdagangan saban tahun. Objektif kajian ini adalah, pertama, untuk menganalisis kedudukan sekuriti makanan di peringkat global dan sekuriti makanan kumpulan rentan di Malaysia; kedua, mengkaji evolusi pelaksanaan dasar sekuriti makanan di Malaysia dan kesannya ke atas sekuriti makanan; dan, ketiga, menganalisis impak globalisasi terhadap sekuriti makanan dan keselamatan insan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif, untuk mendapatkan data primer dan sekunder. Kajian ini telah mengumpulkan data primer menggunakan triangulasi iaitu teknik temubual mendalam, kajian dokumen dan analisis kandungan, dan data sekunder daripada kajian kepustakaan. Berpandukan bukti empirik, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar sekuriti makanan di Malaysia kurang berkesan untuk menangani isu ketidakjaminanmakanan disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, isu ketidakjaminan makanan wujud disebabkan oleh pelaksanaan dasar kurang berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan sektor makanan di Malaysia; kedua, pelaksanaan dasar yang tidak seimbang, tidak memihak kepada sektor pertanian dan makanan menyebabkan ertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang, khususnya dalam sektor makanan; dan ketiga, pelaksanaan dasar dan strategi yang tidak proaktif dalam menghadapi dengan cabaran globalisasi menjadikan isu sekuriti makanan bertambah serius. Kajian ini memberi sumbangan wacana mengenai isu-isu keselamatan bukan tradisional dari perspektif keselamatan insan dalam sub bidang Hubungan Antarabangsa, khususnya isu sekuriti makanan.,Ph.D.
Pages: 388
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Globalisasi dan dasar sekuriti makanan kajian kes keselamatan insan di Malaysia 1981-2012.pdf
  Restricted Access
Partial1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.