Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519752
Title: | Aliran al-Ash'ariyyah di Institusi Pengajian Tinggi Islam Sulawesi Selatan |
Authors: | Hamzah Harun Al-Rasyid |
Supervisor: | Prof. Madya Dr. Mudasir Roasder |
Keywords: | al-Ash'ariyyah Institusi Pengajian Tinggi Islam Sulawesi Selatan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Oct-2009 |
Description: | Kajian ini membincangkan tentang aliran al-Ash'ariyyah dan pengaruhnya di institusi pendidikan tinggi Islam Sulawesi Selatan, Indonesia. Permasalahan kajian adalah bagaimanakah pemahaman warga institusi pendidikan tinggi Islam Sulawesi Selatan tentang aliran al-Ash'ariyyah, apakah aliran ini telah membelenggu fikiran dan kebebasan manusia dan menggiring penganutnya kepada sikap patalisme, determinisme atau Jabariyyah. Bagaimanakah kecenderungan warga institusi pendidikan tinggi Islam Sulawesi Selatan terhadap aliran al-Ash'ariyyah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti paradigma Pendidikan Tinggi Islam di Sulawesi Selatan, mengenal pasti secara utuh konsep pemikiran al-Ash''ariyyah sebagai aliran teologi terbesar dan terbanyak penganutnya di dunia Islam, sekaligus menyingkap kewujudan pemikiran al-Ash'ariyyah dan pengaruhnya di Institusi Pendidikan Tinggi Islam di Sulawesi selatan, Indonesia. Kajian ini dilakukan dengan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan lapangan. Pengumpulan data penyelidikan menggunakan metode observasi, soal selidik, dan temu bual. Analisis data yang digunakan adalah analisis sosiologis, pendekatan sejarah, analisis kandungan, perbandingan, analisis biografi, sintesis, dan yang terakhir adalah pendekatan induktif dan deduktif terhadap sesuatu data yang diperolehi. Jumlah responden dalam penyelidikan ini adalah 300 orang terdiri daripada 100 pensyarah dan 200 pelajar. Kajian ini mendapati bahawa Teologi al-Ash'ariyyah bersifat terbuka, realistik, dan pragmatis, serta bersikap positif terhadap kemajuan sains dan teknologi. Teologi al- Ash'ariyyah mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap institusi pengajian tinggi Islam Sulawsei Selatan, walaupun antara satu ajaran dengan ajaran lainnya memiliki peratus yang pelbagai. Dalam pengaplikasian ajaran tersebut, warga pengajian tinggi Islam Sulawesi Selatan memiliki semangat dan etos kerja yang tinggi. Kerana itu, mereka yang menilai aliran al-Ash'ariyyah sebagai aliran fatalisme, determinisme atau Jabariyyah tidaklah tepat. Teologi al-Ash'ariyyah boleh dianggap sebagai teologi altematif bahkan sebagai acuan bagi pengembangan teologi Islam seterusnya, kerana teologi ini, selain ia sangat menjunjung tinggi posisi akal sebagai anugerah Ilahi, ia juga sangat menghormati dan menjunjung tinggi posisi naqal sebagai tuntunan Ilahi yang sentiasa aktual.,Doktor Falsafah |
Pages: | 438 |
Call Number: | BP166.14.A84.H36 2009 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.