Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519751
Title: | Hubungan Penontonan Filem Da'wah Dengan Pembentukan Personaliti Prososial Remaja |
Authors: | Rosmawati Binti Mohamad Rasit |
Keywords: | Dakwah Filem Personaliti Prososia Television and youth -- Social aspects --Malaysia |
Issue Date: | 15-Mar-2013 |
Description: | HUBUNGAN PENONTONAN FILEM DA'WAH DENGAN PEMBENTUKAN PERSONALITI PROSOSIAL REMAJA Oleh ROSMA W ATI BINTI MOHAMAD RASIT Mac 2013 Pengerusi: Profesor Md. Salleh Hj. Hassan, PhD Fakulti: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan filem yang berunsur dakwah dalam membentuk personaliti prososial dalam kalangan remaja muslim. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mengkaji i) hubungan di antara pendedahan filem dengan personaliti prososial, ii) hubungan di antara mesej dakwah dalam filem dan personaliti prososial, iii) hubungan di antara penontonan filern berunsur dakwah dan personaliti prososial, iv) faktor-faktor peramal daripada faktor media filem (pendedahan filem, mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah) dan faktor psikologikal daripada konstruk Teori Kognitif So sial (pembelajaran melalui pemerhatian, model.simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri) sebagai faktor yang mempengaruhi personaliti prososial. Kajian ini juga turut dijalankan secara kualitatif bagi mengkaji nilai-nilai prososial dan juga elemen-elemen Teori Filem ar- Risalah (akhlak, akidah, ibadah dan syariat) samada menepati konsep dakwah di dalam filem yang dipilih sebagai filem kajian. Kajian ini menggunakan dua fasa melalui kaedah campuran sequential explanatory. Data kajian kuantitatif dikumpul daripada 1028 orang responden yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri dengan gabungan instrumen Prosocial Personality Battery (PSB) dan General Self-Efficacy Scale (GSES). Bagi menjawab objektif yang pertama, kedua dan ketiga, ujian korelasi spara digunakan. Manakala ujian analisis regresi pelbagai digunakan bagi menjawab objektif yang keempat. Bagi objektif kelima, analisis kandungan melalui analisis naratif filem dijalankan bagi mengenal pasti nilai-nilai prososial di dalam filem. Manakala analisis tema pula digunakan bagi menjawab objektifyang keenam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara pendedahan filem, mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial walaupun dengan menyingkirkan kesan konstruk Teori Kognitif Sosial. Selain itu, terdapat juga perkaitan yang signifikan di antara pemboleh ubah bersandar (personaliti pro.sosial) dengan ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara (pembelajaran melalui pemerhatian, model simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri). Ini menunjukkan personaliti prososial menerima kesan secara langsung daripada Teori Kognitif Sosial. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan daripada faktor media filem dan faktor psikologikal sebagai faktor peramal dengan personaliti prososial. Pembelajaran melalui pemerhatian daripada faktor psikologikal Teori Kognitif So sial menjadi penyumbang utama dalam kajian ini. Namun, faktor penontonan filem berunsur dakwah masih menjadi penyumbang yang signifikan kepada personaliti prososial. Manakala, analisis kandungan yang dijalankan terhadap filem yang mendapat kekerapan penontonan tertinggi daripada responden dalam kajian tinjauan iaitu Syurga Cinta (2009) dan Nur kasih The Movie (2011) menunjukkan bahawa terdapat dua dimensi personaliti prososial iaitu empati dan kesediaan menolong. Hasil kajian ini turut mendapati elemen akhlak, ibadah, akidah dan syariat Islam berdasarkan Teori Filem ar- Risalah berjaya digarap di dalam filem kajian walaupun tidak menepati konsep dakwah amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan. Kesimpulannya, wujud masa depan yang cerah tentang konsep berdakwah melalui filem berunsur dakwah. Perkaitan positif dan sumbangan yang signifikan yang wujud di antara mesej dakwah dalam filem dan juga penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial menunjukkan peranan positif filem.,Doktor Falsafah |
Pages: | 267 |
Call Number: | HQ799.2.T4.R646 2013 tesis |
Publisher: | UPM, Serdang |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.