Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519744
Title: Pembinaan Instrumen Pentaksiran Akhlak Berasaskan Rakan Sebaya Pelajar Sekolah Menengah
Authors: Jimaain Safar
Supervisor: Prof. Madya Dato Dr. Ab. Halim bin Tamuri
Keywords: Pembinaan
Instrumen
Pentaksiran
Students -- Attitudes
Issue Date: 13-Aug-2012
Description: Tujuan kajian ini adalah untuk membina Instrumen Pentaksiran Akhlak Pelajar Sekolah Menengah (IPAM-RS) yang digunakan oleh rakan sebaya. Konstruk IPAM- RS dibangunkan berdasarkan klasifikasi akhlak oleh Muhammad Abdullah Darraz dengan mengambil kira kandungan silibus akhlak Islamiah di peringkat KBSR dan KBSM. Pembinaan kerangka konstruk dijalankan melalui kajian literatur dan temu bual empat orang pakar kandungan dan enam orang pakar praktis. Sebanyak tujuh konstruk telah dibentuk iaitu akhlak terhadap Allah, Rasul, diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Sejumlah 275 item dihasilkan melalui Jadual Pembinaan Instrumen. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 318 pelajar sekolah menengah. Perisian SPSS versi 11.5 dan Winsteps versi 3.68.2 telah digunakan untuk menganalisis data. Pemeriksaan item konstruk IPAM-RS telah dilakukan menggunakan model pengukuran Rasch. Hasil kajian rintis menunjukkan sebanyak 174 item mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk digunakan. Kajian sebenar pertama telah dilaksnakan ke atas 1,240 responden di 22 buah sekolah menengah di Negeri Johor yang dipilih secara rawak berstrata. Hasilnya sebanyak lima item telah digugurkan selepas mengambil kira penilaian semula oleh lima orang pakar. Kajian lapangan kedua telah dijalankan ke atas 874 responden di 17 buah sekolah menengah di Negeri Johor dengan menggunakan instumen yang mengandungi 169 item. Hasil daripada analisis yang dilakukan menggunakan model pengukuran Rasch, sebanyak dua item telah digugurkan. Dapatan akhir kajian menunjukkan indeks yang tinggi terhadap kebolehpercayaan item iaitu 0.99 dan indeks kebolehpercayaan responden juga pada nilai 0.99. Hasil pemeriksaan item juga menunjukkan sebanyak 167 daripada 169 item sesuai untuk mengukur akhlak pelajar menerusi rakan sebaya. Indeks pengasingan item dan responden juga berada pada aras yang sesuai. Kesemua item sesuai (fit) dengan model pengukuran Rasch berdasarkan pemeriksaan PTMEA CORR. Dapatan kajian juga menunjukkan IPAM-RS bersifat unidimensi. Manakala analisis GDIF menunjukkan kesemua item tidak signifikan dan sesuai untuk digunakan. Keputusan akhir menunjukkan sebanyak 167 item dapat digunakan dalam IPAM-RS.,Doktor Falsafah
Pages: 375
Call Number: LB3605.J539 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.