Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519743
Title: Kelestarian Pembangunan Sektor Padi Di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Lada) Barat Laut Selangor
Authors: Rospidah Ghazali
Supervisor: Prof. Dr. Pazim@Fadzim Othman
Keywords: Padi
Pembangunan
Pertanian
Selangor
Rice trade
Issue Date: 30-Sep-2014
Description: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor ditubuhkan untuk membangunkan kawasan penanaman padi sedia ada yang mundur dengan pelbagai bentuk pelaburan modal agar ia berupaya meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pada masa yang sarna menjana pendapatan tinggi kepada petani. Pencapaian utama IADA Barat Laut Selangor ialah muncul sebagai pengeluar hasil padi tertinggi negara. Di sebalik pencapaian tersebut, timbul persoalan sejauhmanakah aktiviti penanaman padi kawasan ini lestari dalam konteks ekonomi, sosial dan alam sekitar. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji isu-isu kelestarian pembangunan sektor padi, menganalisis kelestarian ekonomi, sosial dan sumber asli dan alam sekitar berdasarkan indikator-indikator daripada empat kategori modal, dan membandingkan dua kaedah penanaman padi iaitu kaedah konvensional dan kaedah lestari iaitu System of Rice Intensification (SRI). Dengan menggunakan kaedah survei, seramai 362 orang petani padi dari lapan blok pengairan telah dipilih sebagai responden kajian. Kerangka Kerja Penilaian Kelestarian untuk Perladangan dan Alam Sekitar (SAFE) yang menggunapakai kaedah hirarki dalam memilih indikator-indikator kelestarian diadaptasi di dalam kajian ini. Analisis diskriptif digunakan bagi menganalisis indikator-indikator dan nilai rujukan daripada pelbagai sumber digunakan bagi mengenalpasti tahap kelestarian setiap indikator yang dipilih. Penilaian komponen ekonomi mendapati indikator daripada kategori modal buatan (kewangan) seperti pendapatan, kemiskinan, perbelanjaan, tabun~an dan akses kepada kredit menunjukkan kelestarian. Penilaian modal buatan (fizikal) menunjukkan pemilikan harta kelengkapan rurnah, pengangkutan dan perhubungan juga adalah lestari. Sebaliknya, pemilikan kejenteraan ladang adalah tidak lestari. Bagi kategori modal manusia, hanya pengalaman dan kehadiran di dalam kursus menunjukkan tahap kelestarian. Analisis kelestarian sosial adalah berdasarkan modal sosial dan modal buatan (fizikal). Kajian mendapati penglibatan petani di dalam empat pertubuhan berkaitan padi adalah rendah. Penilaian kategori modal buatan (fizikal) menunjukkan pemilikan dan struktur rumah, dan akses kepada kemudahan asas adalah lestari. Sementara itu, penilaian kategori modal semulajadi seperti hak milik tanah, saiz gunatanah dan pematuhan terhadap amalan pertanian menunjukkan tahap tidak lestari. Bagaimanapun, bekalan air di sawah, pematuhan jadual agihan air dan kebolehdapatan sumber ikan di sawah menunjukkan tahap lestari. Objektif ketiga kajian iaitu membandingkan kaedah penanaman konvensional dan penanaman kaedah SRI di kalangan tujuh orang petani. Hasil kajian mendapati pelaksanaan SRI berjaya mengurangkan purata kos pengeluaran sebanyak RMl,050.80 (19 peratus) antara Musiml12011 dan Musim2/2011. Purata kos pengeluaran terus berkurangan sebanyak RM941.03 (21.01 peratus) pada Musimll 2012. Penurunan purata kos pengeluaran disumbangkan oleh pengurangan purata kos pembelian input-input kirnia. Sementara itu, pengurangan kos pengeluaran telah memberi kesan positif kepada purata hasil pengeluaran di mana ia meningkat kepada 7.29 tanlhektar pada Musim2/20 11 melalui kaedah SRI berbanding 6.9 tanlhektar pada MusimI120II semasa kaedah konvensional. Hasil pengeluaran terus meningkat kepada 7.50 tan! hektar pada Musim1l20I2. Akhimya, kajian menyarankan agar gunatanah padi diwartakan sebagai zon kawasan keselamatan makanan negara bagi menghalang penukaran gunatanah. Dalam pada itu, aktiviti-aktiviti membaikpulih infrastruktur pengairan perlu disegerakan supaya tidak mengganggu aktiviti penanaman dan mengatasi pembaziran sumber air. Pelaksanaan kursus-kursus profesional merupakan strategi untuk melahirkan petani padi yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam sektor ini. Sementara itu, dasar campurtangan kerajaan di dalam sektor padi perlu diteruskan namun perlu inovatif. Insentif diberikan kepada petani yang mempunyai tingkahlaku positif ke atas penjagaan clan alam sekitar seperti amalan menggunakan bahan-bahan organik.,Doktor Falsafah
Pages: 450
Call Number: HD9066.A2.R646 2013 tesis
Publisher: UM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.