Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519735
Title: Peranan Parti Islam Se Malaysia (PAS) Dalam Menangani Isu-Isu Agama Di Kelantan, Terengganu Dan Kedah 1982-2004
Authors: Mohd Hamdan Bin Mohamed
Supervisor: Prof. Madya Dr. KamaruzamanYusof
Keywords: Parti Islam Se Malaysia
PAS
Islam
Parti
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Apr-2012
Description: Kajian ini membincangkan peranan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam menangani isu-isu agama di Kelantan, Terengganu dan Kedah iaitu isu ajaran sesat, murtad, takfir dan Islamisasi. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti faktor kemunculan isu tersebut dan kesannya kepada masyarakat dan negara. Kajian ini juga ingin menilai pendekatan PAS dalam menangani isu tersebut dan keberkesanannya. Sumber primer kajian ini ialah temu bual dengan pemimpin utama PAS dan individu-individu tertentu berkaitan dengan isu yang dikaji. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperolehi dari buku, tesis, jurnal, majalah, akhbar, kertas kerja seminar, risalah dan dokumen yang berkaitan. Hasil penyelidikan mendapati PAS belum berjaya sepenuhnya menangani isu agama kerana faktor keterbatasan kuasa politiknya. Keterbatasan ini dapat dilihat apabila PAS sendiri gagal melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu 2002 di dua buah negeri yang dikuasainya. Kanun terse but terhalang pelaksanaannya kerana kedudukan kanun itu sendiri tidak sah kecuali dengan meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya Senarai II (Senarai Negeri) supaya tidak ada sekatan ke atas Badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang jenayah Islam. Selain itu pendekatan PAS sendiri melalui aktiviti dakwah, penerangan, tarbiah, dan politik juga kurang berkesan kerana sasarannya tidak menyeluruh. Hasil analisis mendapati kegiatan terse but hanya terbatas kepada kelompok tertentu yang telah sedia menyokong PAS sahaja manakala sebahagian besar masyarakat di luar parti itu terhalang daripada melibatkan diri dalam aktiviti PAS kerana faktor perbezaan faham politik. Justeru itu, tidak semua rakyat Malaysia menyokong usaha PAS menangani isu agama termasuklah sebahagian daripada orang-orang Islam sendiri. Kegagalan PAS memerintah Malaysia melalui pilihan raya menjadikan kuasanya terhad dan implikasinya parti itu kurang berkesan dalam menangani isu agama di negara ini.,Doktor Falsafah
Pages: 325
Call Number: JQ1062.A98.M638 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.