Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519734
Title: Analsis populasi dan keupayaan pembezaan sel stem daripada ampaian sel mononukleus darah periferi mus musculus
Authors: Intan Zarina Zainol Abidin
Supervisor: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sel stem
Darah
Populasi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2012
Description: Kesemua sel stem yang telah diasingkan dan dikenalpasti merupakan sel melekat manakala sel stem dalam bentuk ampaian masih belum pernah dilaporkan sehingga kini. Objektif kajian ini adalah untuk mengasingkan populasi ampaian sel stem darah periferi dan pengenalpastian sebagai sel stem multipoten melalui keupayaan sel untuk membeza kepada sel osteoblas, osteoklas dan kondrosit secara in vitro. Sampel kajian terdiri daripada ampaian sel mononukleus dan sel Lin' Mus musculus (mencit) daripada tiga tempoh pengkulturan yang berbeza iaitu jangkamasa pendek (5 hari), sederhana (15 hari) dan panjang (30 hari). Sel mononukleus diasingkan daripada darah periferi secara pengemparan kecerunan ketumpatan dengan menggunakan larutan Ficoll-Paque™ Plus. Sel mononukleus dikulturkan di dalarn medium proliferasi bagi tiga tempoh pengkulturan dan pengasingan sel Lin' dilakukan menggunakan butiran magnetik. Bagi menilai keupayaan pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas, medium proliferasi ditambah dengan faktor pembezaan iaitu 50 ug/ml, asid askorbik dan ~-gliserofosfat 10 mM. Bagi pembezaan sel osteoklas pula, 50 ng/mL RANKL dan 25 ng/mL M-CSF ditarnbah ke dalam medium proliferasi. Manakala bagi membezakan sel mononukleus kepada sel kondrosit, medium pembezaan kondrosit (ZenBio, Inc) digunakan. Bagi kawalan, sel yang sarna digunakan tanpa penarnbahan sebarang faktor pembezaan. Seterusnya analisis pembezaan yang terdiri daripada analisis viabiliti (pewamaan tripan biru), biokimia (pengasaian enzim penanda), morfologi (pewamaan sel) dan biologi molekul (tindakbalas rantaian polimerase transkripsi berbalik; RT-PCR) dilakukan. Aktiviti sel dilakukan terhadap kesemua populasi sel yang dikultur di dalarn medium pembezaan osteoblas dan osteoklas bagi menentukan keupayaan pembezaan sel. Analisis terhadap viabiliti sel yang membeza menunjukkan sel-sel tersebut berupaya untuk bermandiri tanpa sebarang peningkatan yang signifikan sehingga 10 (osteoklas), 14 (osteoblas) dan 21 (kondrosit) hari dengan kehadiran faktor-faktor pembezaan tertentu di dalam medium pembezaan masing- masing. Analisis biokimia terhadap kesemua sel mononukleus dan Lin' menunjukkan peningkatan aktiviti enzim yang signifikan (p<0.05) apabila dikulturkan dalarn medium pembezaan osteoblas (alkali fosfatase; ALP), osteoklas (asid fosfatase rintang tartarat; TRAP) dan kondrosit (ALP) dengan aktiviti enzim sel Lin' adalah lebih tinggi berbanding sel mononukleus bagi ketiga-tiga tempoh pengkulturan pada kesemua jenis pembezaan sel. Apabila dikulturkan dalarn medium pembezaan masing-masing, sel mononukleus dan Lin' didapati menyerupai morfologi sel osteoblas, osteoklas dan kondrosit masing-masing selepas pewamaan yon Kossa, May-Grunwald-Giemsa dan toluidin biru. Analisis biologi molekul ke atas sel mononukleus dan Lin' daripada hasil pengkulturan jangkarnasa sederhana yang dibezakan menunjukkan pengaktifan penanda molekul bagi sel osteoblas (Alp
Pages: 333
Call Number: QH588.S83.I555 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.