Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519732
Title: Model pengalaman pengguna interaksi gerak isyarat dalam warisan maya
Authors: Normala Rahim (P85795)
Supervisor: Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Prof Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Warisan maya
Virtual heritage
Cultural heritage
Issue Date: 9-Jul-2020
Description: Pengalaman pengguna adalah penting bagi menarik pengguna terus kekal dan berminat untuk berinteraksi dengan warisan maya. Kajian kesusasteraan dan hasil temu bual terhadap 10 orang pengguna menunjukkan pengalaman pengguna kurang berkesan selepas pengguna meneroka persekitaran warisan maya kerana reka bentuk antara muka pengguna masih lagi berteraskan paradigma konvensional dan kaedah penyampaian maklumat berkaitan artifak gagal di visual dengan berkesan. Maka kajian ini dijalankan untuk membangun model interaksi gerak isyarat dalam persekitaran warisan maya berdasarkan pengalaman pengguna sebenar. Kaedah reka bentuk berpusatkan pengguna diguna, iaitu memfokus kepada ahli maklumat dan enjoyer sebagai pengguna. Hasil analisis keperluan pengguna sebenar melalui teknik penyegitigaan menunjukkan bahawa teknologi dalam platform realiti maya melalui teknik gerak isyarat tangan dan paparan maklumat melalui teknik penceritaan digital diperlukan untuk merangsang pengetahuan dan meningkatkan tahap pengalaman pengguna. Teknik penyegitigaan terdiri daripada pertanyaan kontekstual melibatkan enam orang pakar, mengguna soal selidik terhadap 32 orang pengguna sebenar dan kaedah kajian guessability yang mengguna 13 orang pengguna sebenar. Semua (100%) responden memerlukan maklumat jelas setiap artifak dan 78% responden ingin menyentuh artifak yang dipapar dalam galeri. Selain itu, setiap artifak yang dipapar perlu menekankan aspek keberkesanan dalam menyebarkan maklumat yang komprehensif dan terhadap pelawat (85%). Manakala hasil penilaian heuristik mengguna lima orang pakar pada fasa reka bentuk menunjukkan indeks kesahan kandungan (Content Validity Index- CVI) adalah 0.98, menunjukkan bahawa reka bentuk antara muka prototaip adalah mengikut spesifikasi keperluan pengguna sasaran. Seterusnya model (Gesture based interaction by combining digital STorytelling for virtual heritage based on user eXperience - GeSToUX) dibangunkan terdiri daripada konstruk instrumental, bukan instrumental, kesan emosi, kegunaan dan kesetiaan melalui prototaip yang dinamakan (Gua Bewah Virtual Heritage - GBVH). Pengesahan model GeSToUX melalui teknik soal selidik menunjukkan min skor keseluruhan tahap pengalaman pengguna terhadap prototaip adalah tinggi (min= 6.35 dari 7.00). Justeru, GeSToUX boleh dijadikan panduan kepada pereka dan pembangun sistem warisan maya.,Ph.D
Pages: 316
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.