Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519719
Title: Penghasilan karbon teraktif daripada sisa padi melalui proses karbonisasi dan aktivasi kimia sebagai bahan penjerap cecair berwarna
Authors: Mohamad Jani Saad (P88819)
Supervisor: Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bioremediation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jan-2021
Description: Karbon teraktif jerami (RSAC) dan karbon teraktif sekam padi (RHAC) telah dihasilkan dan digunakan untuk menyahwarna pewarna organik dan air buangan kilang kelapa sawit melalui proses penjerapan. Jerami dan sekam terlebih dahulu dikarbonisasi dan diaktivasi dengan kalium hidroksida (KOH) dan natrium hidroksida (NaOH) untuk dijadikan karbon teraktif. Ciri-ciri kimia dan fizikal karbon teraktif (AC) telah dikaji. Keupayaan penjerapan RSAC dan RHAC dikaji pada pelbagai pH, suhu dan kepekatan awal pewarna di dalam penyingkiran metilena biru (MB) daripada larutan akues. Data eksperimen bagi penjerapan secara kelompok yang diperolehi telah digunakan untuk menyesuaikan dengan model-model kinetik dan isoterma untuk memahami mekanisme yang terlibat semasa proses penjerapan. Model-model kinetik (pseudo-tertib pertama, pseudo-tertib kedua dan resapan intrapartikel) telah memberikan maklumat tentang kadar penjerapan dan kelakuan molekul bahan terjerap ke dalam bahan penjerap. Model-model isoterma Langmuir dan Freundlich telah digunakan untuk menyesuaikan data ujikaji dan ia mencadangkan bahawa penjerapan MB ke atas RSAC dan RHAC melibatkan pembentukan lapis mono bahan terjerap. Penjanaan semula bahan penjerap dengan proses penjerapan/penyaherapan menunjukkan bahawa AC boleh terjana semula sehingga lima kitaran dan masih memberikan maksima 67.26% penjerapan awal pada penjanaan pertama dan serendah 2.72% penjerapan pada penjanaan kelima. RSAC dan RHAC juga telah digunakan untuk rawatan air buangan pelunturan kilang kelapa sawit untuk penyahwarnaan dan mengurangkan keperluan oksigen kimia (COD) dan jumlah karbon organik (TOC). Kajian ini mencadangkan bahawa dengan pengubah suaian secara kimia, RSAC dan RHAC adalah berpotensi digunakan sebagai bahan penjerap untuk penyingkiran beberapa jenis bahan terjerap bercas positif dan POME dalam larutan akues.,Ph.D
Pages: 130
Call Number: TD192.5.M634 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.