Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519718
Title: Potensi seramik mulit barit (MBC) berasaskan kaolin sebagai bahan perisai perlindungan sinaran bagi kemudahan sinar-x perubatan
Authors: Azuhar Ripin (P77908)
Supervisor: Faizal Mohamed, Prof. Madya. Dr.
Keywords: X-rays
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Apr-2021
Description: Seramik mulit-barit (MBC) merupakan perisai perlindungan sinaran alternatif yang dibangunkan melalui campuran mineral kaolin dan serbuk barit yang berpotensi digunakan bagi kemudahan sinar-X perubatan. Walaupun terdapat beberapa pilihan perisai perlindungan sinaran di pasaran namun keperluan kepada perisai sinaran yang dapat mengekalkan integriti pemerisaian terhadap sinaran mengion amat diperlukan jika berlakunya kebakaran kepada kemudahan sinaran. Objektif kajian ini adalah untuk mensintesis dan mencirikan bahan perisai perlindungan sinaran baru berdasarkan struktur mikro, keupayaan pemerisaian sinaran, kekuatan mekanikal dan juga penilaian integriti pemerisaian perisai sinaran. MBC dihasilkan melalui teknik pemprosesan seramik konvensional yang melibatkan proses pengeringan, komposisi campuran terbaik, mampatan sampel serta pensinteran pada aras suhu tinggi bagi menghasilkan fasa hablur tunggal barium-aluminosilikat (BAS). Pencirian melalui analisis belauan sinar-X (XRD), mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM), analisis termogravimetri (TGA) dilakukan bagi mengkaji pembentukan fasa, perubahan fasa hablur serta morfologi seramik yang dihasilkan. Manakala kekuatan mekanikal MBC dinilai melalui ujian kekuatan lentur bola di atas tiga bola (B3B), ketumpatan dan keliangan. Keupayaan pemerisaian pula ditentukan melalui ujian ketebalan kesetaraan plumbum (LET) dan keseragaman pada julat tenaga diagnostik (50-120 kV) mengikut piawaian MS838 dan IEC61331. Integriti pemerisaian MBC diuji dengan simulasi suhu kebakaran sehingga 1100°C diikuti dengan ujian LET serta keseragaman. Berdasarkan analisis struktur mikro melalui XRD, fasa hablur monoklinik celsian BAS dan kuartza (SiO2) terbentuk. Manakala terdapat juga fasa hablur mulit dan kuartza yang terbentuk pada sebahagian daripada sampel MBC yang dianalisis. Pembentukan fasa hablur yang dicirikan oleh XRD disahkan oleh analisis morfologi FESEM dan TGA. Sementara itu, ujian LET mendapati ketebalan sampel MBC dan pengurangan dos adalah pada julat 0.3-0.4 mm Pb dan pengurangan dos maksima ialah 97.4%. Nilai LET dan pengurangan dos ini menunjukkan prestasi pemerisaian MBC adalah setanding dengan bahan perisai sinaran yang berada di pasaran . Kekuatan lentur, keliangan dan ketumpatan pukal masing- masing ialah 34.5-113.7 MPa, 28% dan 2.1 g/cm2. Ujian integriti pemerisaian menunjukkan keupayaan pemerisian MBC dan struktur mikronya tidak berubah walaupun dibakar pada suhu lazim kebakaran bangunan sehingga 1100°C. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa MBC mempunyai potensi unggul untuk dijadikan sebagai perisai perlindungan sinaran bagi kemudahan sinar-X perubatan serta mampu memberikan perlindungan yang optimum kepada pekerja, pesakit serta orang awam dari kesan bahaya sinar-X semasa prosedur radiologi dijalankan.,Ph.D
Pages: 150
Call Number: QC481.A998 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Potensi seramik mulit barit (MBC) berasakan kaolin sebagai bahan perisai perlindungan sinaran bagi kemudahan sinar x perubatan.pdf
  Restricted Access
Full-text97.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.