Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519713
Title: Pengetahuan bahasa, strategi dan motivasi dalam meningkatkan kefahaman teks bahasa Arab
Authors: Mohd Hazli Yah@Alias (P76046)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Arabic language
Arabic language -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Dec-2021
Description: Kajian mengenai kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar mendapat perhatian yang meluas di peringkat global. Sebilangan besar kajian tersebut membabitkan pembelajaran bahasa pertama (B1) dan hanya sebilangan kecil kajian dilakukan terhadap pembelajaran bahasa kedua (B2). Justeru, kajian ini dijalankan untuk menyelidiki tentang kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar ketika melaksanakan aktiviti kemahiran membaca bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan mengkaji hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan bahasa, strategi bacaan, motivasi dan tahap kefahaman bacaan pelajar serta mengesyorkan model modifikasi kefahaman bacaan teks berdasarkan model kognitif. Sejumlah 520 orang pelajar tingkatan empat daripada sembilan buah sekolah menengah agama di Terengganu telah dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata. Reka bentuk kajian kuantitatif ini adalah secara kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan ujian sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman bacaan teks pelajar secara keseluruhannya adalah rendah. Kefahaman teks berdasarkan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) adalah sederhana manakala kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pula adalah rendah. Aspek pengetahuan bahasa yang merangkumi tahap pengetahuan sedia ada, kosa kata dan tatabahasa adalah sederhana. Manakala tahap penggunaan strategi bacaan secara keseluruhannya adalah sederhana dengan Strategi Penyelesaian Masalah merupakan strategi paling tinggi penggunaannya. Tahap motivasi pelajar ketika membaca teks Arab secara keseluruhannya adalah tinggi dan pelajar lebih terdorong dengan motivasi ekstrinsik berbanding intrinsik. Menerusi analisis Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM), kajian ini mengesahkan model modifikasi kefahaman bacaan teks berasaskan model kognitif berupaya menjelaskan kesepadanan data bagi kesemua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pemboleh ubah peramal dengan pemboleh ubah bersandar. Dapatan analisis SEM juga menunjukkan motivasi bacaan merupakan pemboleh ubah kawalan (moderator) dalam hubungan antara pengetahuan bahasa, strategi bacaan dan kefahaman bacaan teks. Kesimpulan, hasil kajian ini memberi impak dalam merekayasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab. Implikasi dan cadangan turut dikemukakan bagi memberi input kepada guru dan pihak yang terlibat.,Ph.D
Pages: 403
Call Number: PJ6073.M634 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan bahasa strategi dan motivasi dalam meningkatkan kefahaman teks bahasa arab.pdf
  Restricted Access
Full-text7.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.