Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519693
Title: Islamisasi pembangunan :perkembangan pembangunan pertanian di Kelantan (1900-2010)
Authors: Sahawati Harun (P32289)
Supervisor: Siti Daud, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Agriculture and state -- Malaysia
Islam and state -- Malaysia -- Kelantan
Issue Date: 26-Apr-2012
Description: Kajian ini memfokuskan kepada Islamisasi pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS dalam tempoh 1990-2010. Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menerapkan ideologi Islam dalam pembangunan negeri Kelantan melalui kaedah Islamisasi pembangunan. Namun begitu, Islamisasi pembangunan dilaksanakan dilaksanakan bermula dari pembangunan kovensional (Barat) melalui proses penerapan pelbagai elemen pembangunan berteraskan Islam yang menrangkumi aspek rohani politik dan ekonomi berlandaskan syariat Islam. berdasarkan penyataan masalah tersebut, kajian ini menerapkan negeri yang menjadi kekuatan utama untuk menerapkan Islamisasi dalam pembangunan negeri Kelantan. Objektif kedua pula menganalisa pelbagai dasar dan program Islamisasi yang terkandung dalam 'Membangun Bersama Islam' manakala objektif ketiga kajian ini ialah menganalisis Islamisasi pembangunan terhadap perkembangan pembangunan pertanian di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan metodologi yang berasaskan reka bentuk kajian kes yang menggunakan tiga kaedah iaitu analisis kualitatif, pengumpulan data dan analisis data untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Hasil objektif pertama kajian ini mendapati strategi yang menjadi kekuatan utama kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan Islamisasi pembangunan di Kelantan ialah falsafah 'ubudiah, mas-euliah dan itaqan yang terkandung dalam gagasan 'Membangun Bersama Islam' serta didukung oleh dasar-dasar negeri Kelantan. Hasil kajian dari objektif kedua pula mendapati pelbagai dasar dan program Islamisasi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan merupakan satu bentuk campur tangan kerajaan. Hasil kajian objektif kedua ini menyumbang kepada analisis objektif ketiga kajian ini. Hal ini adalah kerana objektif kedua dalam kajian ini hanya menganalisis pelbagai dasar dan program Islamisasi yang terkandung dalam 'Membangun Bersama Islam' yang berupaya menyumbang kepada perkembangan pembangunan pertanian negeri Kelantan. Oleh itu, onjektif ketiga kajian ini mengetengahkan bahawa Islamisasi pembangunan telah menyumbang kepada perkembangan pembangunan pertanian di Kelantan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 430
Call Number: HD2080.6.S236 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.