Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519678
Title: Transformasi budaya politik Melayu Terengganu: kajian kes pasca PRU ke-10
Authors: Ilyas Abdullah (P75179)
Supervisor: Jamaie Hamil, Dr.
Keywords: Elections -- Malaysia
Malaysia -- Politics and government -- 21 st century
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Feb-2020
Description: Kajian ini membincangkan transformasi budaya politik Melayu di Terengganu pasca PRU ke-10 yang dimanifestasikan selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Budaya politik Melayu Terengganu sebelum PRU ke-10 menyaksikan sokongan pengundi terhadap UMNO-BN begitu kukuh dan dominan. Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan dalam empat siri pilihan raya terakhir di Terengganu iaitu pada tahun 1999, 2004, 2008 dan 2013. Hal ini kerana pertembungan dua parti Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan PRU-10 menunjukkan UMNO dan parti oposisi khususnya PAS mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Oleh itu objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembentukan budaya politik sebelum dan pasca PRU ke-10 sebagai perbandingan selain turut melihat pengaruh budaya politik baru terhadap transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan Teori Pilihan Rasional dan beberapa konsep iaitu transformasi, budaya politik, Melayu, budaya politik Melayu dan juga budaya politik baru. Selain daripada itu, kajian ini turut menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan menerusi proses temubual yang melibatkan 5 orang informan utama iaitu ahli politik yang terlibat atau pernah terlibat sebagai calon dalam pilihan raya di Terengganu. Selain itu sumber rujukan daripada buku, laporan teknikal, jurnal dan artikel turut digunakan. Kaedah kuantitatif pula dijalankan menggunakan soal selidik yang melibatkan 322 responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10. Namun begitu, pasca PRU ke-10, pembangunan tidak lagi ditafsirkan sekadar mengecapi nikmat keselesaan semata-mata, malahan mesti turut disepadukan dengan prinsip keadilan. Keperluan terhadap nilai-nilai dalam politik baru seperti keadilan sosial adalah relevan serta mempengaruhi transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu. Dapatan ini selari dengan Teori Pilihan Rasional yang menerangkan bahawa pengundi berkecenderungan untuk bertindak dengan memberikan tindakbalas yang negatif kepada kerajaan sekiranya dasar atau pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak memberikan hasil atau faedah ekonomi kepada pengundi dan sebaliknya.,Ph.D.
Pages: 302
Call Number: JQ1062.A95I439 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Transformasi budaya politik Melayu Terengganu kajian kes pasca PRU ke10.pdf
  Restricted Access
Partial46.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.