Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519676
Title: Bata :kajian perbandingan Tapak 32, Kampung Sungai Mas dengan Tapak 23, Kampung Pengkalan Bujang (fokus kepada kajian fizikal dan kimia)
Authors: Mazlan Ahmad (P27129)
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertation
Dissertations, Academic -- Malaysia
Bricks
Issue Date: 21-Jun-2012
Description: Bata merupakan antara bahan binaan utama candi-candi di kawasan Lembah Bujang. Walau bagaimanapun, bahan binaan ini kurang diberi perhatian dalam penyelidikanpenyelidikan yang telah dijalankan di kawasan ini. Justeru, kajian ini memberikan tumpuan khas kepada bata. Walaupun terdapat banyak candi di kawasan ini yang menggunakan bata dalam pembinaannya, kajian ini hanya memfokus kepada bata di dua tapak sahaja iaitu Tapak 32, Kampung Sungai Mas dan Tapak 23, Kampung Pengkalan Bujang. Tapak 32, Kampung Sungai Mas berada dalam fasa pertama perkembangan kebudayaan di kawasan ini, manakala Tapak 23, Kampung Pengkalan Bujang pula berada dalam lingkungan fasa kedua. Kajian ini memfokus kepada dua aspek iaitu analisis fizikal dan analisis kimia bata. Analisis fizikal bertujuan mengenalpasti ciri-ciri fizikal bata dan melihat perkaitan antara ciri-ciri fizikal tersebut dengan fungsinya dalam pembinaan candi. Analisis kimia pula bertujuan mengenalpasti sumber bahan mentah bata dengan cara membandingkan kandungan unsur-unsur kimia bata dengan kandungan unsur-unsur kimia sampel tanah liat yang diambil dari kawasan sekitar tapak. Hasil analisis fizikal mendapati pembinaan candi di kedua-dua tapak ini menggunakan saiz bata yang tidak piawai. Bata yang digunakan adalah daripada pelbagai saiz. Dalam melihat perkaitan antara ciri-ciri fizikal bata dengan fungsinya dalam pembinaan candi di kedua-dua tapak ini, didapati bata yang mempunyai saiz yang lebih besar digunakan sebagai asas binaan struktur dinding. Tujuannya supaya bata-bata yang besar ini dapat menampung beban yang berat di atasnya. Bata-bata dengan saiz yang lebih kecil pula digunakan di bahagian atas binaan struktur dinding dan sebagai binaan struktur lantai candi. Hasil analisis kimia mendapati Tapak 32, Kampung Sungai Mas menggunakan dua sumber bahan mentah iaitu sumber tempatan dan sumber dari kawasan luar. Bagi tapak 23, Kampung Pengkalan Bujang pula, sumber bahan mentah adalah daripada sumber tempatan. Kajian komposisi kimia juga menunjukkan bahawa komposisi kimia bata di Tapak 32 adalah sama dengan komposisi kimia bata Tapak 23. Hasil kajian ini telah dapat menyelesaikan permasalahan tentang ciri-ciri fizikal bata dan fungsinya dalam pembinaan candi dan sumber bahan mentah yang digunakan di kedua-dua tapak. Selain itu, hasil kajian ini juga dapat memberi gambaran awal berkenaan ciri-ciri fizikal bata dan sumber bahan mentah yang digunakan di tapak-tapak lain di kawasan Lembah Bujang.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 131
Call Number: NA4120.M349 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.