Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519669
Title: Kajian perlakuan fungisid thiram dan hexaconazole dalam habitat kelapa sawit
Authors: Maznah Zainol (P42595)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Hexaconazole
Minyak isirong mentah
Kromatografi cecair berpretasi tinggi (HPLC)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 19-Mar-2013
Description: Satu kajian menyeluruh telah dijalankan untuk mengkaji perlakuan thiram dan hexaconazole masing-masing di tapak semaian kelapa sawit dan ladang kelapa sawit. Kaedah analisis untuk menentukan residu thiram dan hexaconazole dalam tanah, air, daun, minyak sawit mentah (CPO) dan minyak isirong mentah (CPKO). Kaedah ini adalah hasil penambahbaikan kaedah sedia ada dengan menggunakan kromatografi cecair berpretasi tinggi (HPLC) dan kromatografi gas (GC). Kajian perolehan semula thiram dalam tanah, air dan daun sawit masing-masing adalah 85%-97%, 86%-100% dan 90%-107% dengan nilai peratus sisihan relatif piawai (RSD) < 10%. Nilai had pengesanan kaedah (MDL) thiram yang diperoleh masing-masing dalam tanah, air dan daun sawit adalah 0.117 mg/kg, 0.105 mg/L dan 0.146 mg/kg. Manakala nilai peratus perolehan semula bagi hexaconazole dalam tanah, air dan daun sawit yang direkodkan memberikan kebolehulangan yang tinggi iaitu masing-masing 100%-106%, 95%- 105% dan 91%-103%. Hasil yang sama juga diperoleh dalam CPO iaitu 82%-91% dan CPKO pula adalah 93%-103% dengan nilai sisihan piawai masing-masing dalam julat 1.53-8.73 and 3.1-5.4. Nilai MDL bagi hexaconazole dalam semua matriks di antara julat 0.01-0.08 mg/kg. Kajian penjerapan thiram dan hexaconazole dalam makmal dijalankan dalam dua siri tanah iaitu siri Holyrood-Lunas dan siri RengamJerangau. Nilai pekali penjerapan Freundlich (Kads) thiram yang diperoleh adalah 2.10 L/kg dan 3.78 L/kg manakala pekali penyahjerapan (Kdes) pula adalah 3.07 L/kg dan 5.70 L/kg, masing-masing dalam tanah siri Holyrood-Lunas dan siri RengamJerangau. Bagi hexaconazole, nilai (Kads) dan (Kdes) dalam tanah siri Serdang-Kedah masing-masing adalah 2.27 L/kg dan 2.48 L/kg, manakala dalam tanah siri HolyroodLunas masing-masing adalah 1.73 L/kg dan 1.64 L/kg. Hasil kajian mendapati penjerapan dan penyahjerapan thiram dan hexaconazole adalah satu tindakbalas eksotermik dan dipengaruhi oleh kandungan organik dan pH tanah, sebaliknya suhu tidak memberikan kesan yang signifikan. Kajian kekekalan thiram di tapak semaian telah dijalankan di Ladang Labu, Nilai pada musim hujan dan Ladang RISDA, Sungkai pada musim panas. Hasil menunjukkan tempoh kekekalan dan larutlesap thiram dalam dua musim adalah signifikan, di mana taburan hujan yang tinggi semasa kajian berlangsung adalah faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan residu thiram dalam tanah, air dan daun sawit pada musim hujan. Kajian lapangan hexaconazole pula telah dijalankan di Stesen Penyelidikan MPOB/UKM, Bangi, Selangor. Hasil kajian mendapati tempoh kekekalan hexaconazole dalam tanah adalah lama dengan nilai tempoh separuh hayat (t1/2) adalah 63 hari apabila disembur pada dos cadangan dan dos dua kali cadangan. Residu hexaconazole dalam tanah dapat dikesan pada semua kedalaman tanah (0-50 cm) sehingga hari ke-90 selepas semburan dijalankan. Hasil analisis mendapati kepekatan residu hexaconazole dalam tanah adalah dalam julat 0.03 �� 2.9 mg/kg. Residu hexaconazole dalam daun sawit dikesan sehingga hari ke-30 selepas semburan dan nilai (t1/2) adalah dalam julat 11.75-12.83 hari. Manakala hasil analisis mendapati tiada residu hexaconazole ditemui dalam sampel CPO dan CPKO dalam selang masa yang diambil semasa kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 339
Call Number: QH545.P4M349 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.