Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519659
Title: Prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah : lakuna dalam peruntukanundang-undang jenayah syariah di Malaysia
Authors: Ahmad 'Azam bin Mohd Shariff (P37178 )
Supervisor: Jasri Jamal, Prof Madya Dr.
Keywords: Undang-undang
Jenayah
Syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 5-Apr-2012
Description: Peruntukan undang-undang berkaitan prosedur siasatan dan pendakwaan kes jenayah syariah di Malaysia terkandung dalam Enakmen Prosedur Jenayah Syariah dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri. Kesemua enakmen telah diadaptasi dari Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950 serta disesuaikan dengan prinsip syariah. Kajian ini mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan prosedur siasatan dan pendakwaan kes jenayah syariah. Ia mengenalpasti lakuna yang wujud dalam peruntukan undang-undang berkenaan. Hasil kajian mendapati memang terdapat lakuna dalam peruntukan undang-undang berkaitan prosedur siasatan kes jenayah syariah. Lakuna wujud dalam konteks siasatan kes tidak lazim tangkap, pengendalian suspek selepas ditangkap, waran geledah dan pemeriksaan perubatan ke atas suspek. Dalam masa yang sama, hasil kajian turut mendapati lakuna dalam peruntukan undang-undang berkaitan prosedur pendakwaan kes jenayah syariah. Lakuna wujud dalam konteks pengemukaan keterangan dalam pendakwaan dalam isuisu berkaitan beban pembuktian, iqrār dan qarīnah. Dengan ini, kajian ini mencadangkan agar peruntukan undang-undang terbabit dipinda. Dalam hal prosedur siasatan kes jenayah syariah, beberapa pindaan boleh dicadangkan. Dalam isu siasatan kes tidak lazim tangkap, peruntukan undang-undang harus menjelaskan bilakah seseorang pengadu perlu dirujuk kepada hakim mahkamah rendah syariah. Ianya juga harus menjelaskan apakah sesuatu siasatan awal boleh dimulakan sebelum perintah memulakan siasatan diperolehi. Dalam isu pengendalian suspek selepas ditangkap, peruntukan undang-undang harus menjelaskan bila suspek perlu dibawa ke hadapan hakim mahkamah rendah syariah, samada sebelum atau selepas beliau disoalsiasat. Peruntukan undang-undang baru juga mesti dimasukkan untuk membenarkan permohonan reman serta perlanjutan tempohnya. Dalam isu waran geledah, peruntukan undang-undang perlu mentafsirkan apakah wujud kesalahan boleh geledah dan kesalahan tidak boleh geledah. Dalam isu pemeriksaan perubatan ke atas suspek, peruntukan undang-undang yang baru serta jelas harus dimasukkan bagi membenarkan permohonan dari seorang pegawai penguatkuasa agama kepada mahkamah agar suspek menjalani pemeriksaan perubatan bilamana perlu. Ianya juga harus memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk memerintahkan suspek menjalani pemeriksaan perubatan. Dalam hal prosedur pendakwaan kes jenayah syariah, beberapa pindaan berkaitan pengemukaan keterangan semasa pendakwaan boleh dicadangkan. Dalam isu beban pembuktian, peruntukan undang-undang perlu menjelaskan apakah tahap pembuktian yang perlu dipenuhi oleh pendakwa di akhir kes pendakwaan serta tahap pembuktian oleh tertuduh. Dalam isu iqrār, peruntukan undang-undang harus menjelaskan pengertian iqrār di bawah seksyen 17 (1) dan seksyen 17 (3) enakmen dalam konteks pengakuan dan pengakuan salah serta iqrār ṣorīḥ dan iqrār kināyah. Dalam isu qarīnah pula, peruntukan undang-undang perlu menjelaskan definisi yang lebih konklusif. Ianya juga perlu menjelaskan bagaimana kebolehterimaan keterangan qarīnah harus ditimbang dan dinilai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 485
Call Number: tesis C63.AZA 2012 2
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.