Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519654
Title: | Jaringan al-jama'ah al islamiyah di Asia Tenggara : sejarah dan perkembangan (1950-2010) |
Authors: | Zulkarnain Haron (P58106) |
Supervisor: | Nordin Hussin, Prof Dr. |
Keywords: | Al Jama'ah Al Islamiyah 1950-2010 Abdullah Sungkar Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 23-Jan-2014 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisa konflik kepimpinan dan krisis identiti yang berlaku dalam gerakan Al Jama'ah Al Islamiyah pasca kematian Abdullah Sungkar. Selepas transisi kepimpinan pada tahun 1999, gerakan ini dilihat mengalami konflik dan juga menghadapi krisis identiti yang serius di dalam menentukan hala tuju dan matlamat perjuangan mereka. Penyelidikan secara kualitatif ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui kaedah temu bual dengan informan, penelitian dokumen kerajaan dan dokumen asal Al Jama'ah Al Islamiyah serta data sekunder melalui kaedah kajian perpustakaan iaitu buku, artikel dan jurnal. Kesemua data dan maklumat ini kemudiannya dianalisa dan disintesis secara deskriptif dengan menggabungkan kaedah analisa kandungan secara kualitatif, semiotik dan hermeneutik. Bagi menjelaskan konflik kepimpinan dan krisis identiti yang telah berlaku dalam Al Jama'ah Al Islamiyah, kajian ini telah menggariskan tiga objektif utama. Pertama, menganalisa Al Jama'ah Al Islamiyah secara holistik dari aspek sejarah penubuhan, perkembangan organisasi, transisi kepimpinan, jaringan, ideologi dan hala tuju perjuangannya. Kedua, menganalisa konsep dan intepretasi jihad dalam konteks perjuangan gerakan ini dan menilai pengaruh serta kesan doktrin salafi jihadi terhadap pengikutnya. Ketiga, menganalisa sama ada gerakan Al Jama'ah Al Islamiyah ini telah mengalami perpecahan lanjutan dari konflik kepimpinan dan krisis identiti yang berlaku pasca kematian Sungkar. Hasil kajian ini membuktikan bahawa wujudnya perbezaan antara gerakan Al Jama'ah Al Islamiyah yang ditubuhkan pada tahun 1993 dengan kumpulan serpihannya yang lahir pasca kematian Sungkar. Kajian ini mendapati secara strukturalnya jama'ah ini sudah tidak wujud lagi melainkan hanya terdapat kumpulan serpihan yang beroperasi tanpa kepimpinan yang tersusun lalu menjurus kepada perpecahan yang lebih besar sehingga mencemar imej jama'ah dan agama Islam secara keseluruhannya. Krisis identiti dan konflik kepimpinan dalam jama'ah ini dibuktikan dengan beberapa siri kejadian keganasan yang berlaku mulai tahun 1999. Hasil kajian ini juga telah mengenal pasti jama'ah ini sebagai satu gerakan fundamentalis radikal yang berfahaman Salafi Wahabi dengan menggunakan platform agama sebagai landasan ideologi mereka dan bagaimana interpretasi mereka terhadap teks agama untuk menjustifikasikan tindakan-tindakan dalam memperjuangkan agenda keagamaan mereka. Kajian ini merumuskan bahawa elemen keganasan yang dapat dilihat pada gerakan ini adalah gabungan dari pelbagai faktor dalaman serta luaran seperti perpecahan dalaman, interpretasi sempit terhadap jihad, pengaruh doktrin salafi jihadi, perbezaan manhaj dan ijtihad sesama gerakan Islam dan pengaruh terhadap penindasan umat Islam global.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 326 |
Call Number: | HV6433.A785Z835 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.