Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519653
Title: Kesan vitamin E ke atas penyembuhan tulang patah pada model tikus osteoporosis pascamenopaus
Authors: Sharlina Mohamad (P45209)
Supervisor: Ahmad Nazrun Shuid, Profesor Dr.
Keywords: Osteoporosis pascamenopaus
Pharmacology
Issue Date: 15-Apr-2014
Description: Osteoporosis meningkatkan risiko kepatahan tulang dan boleh menjejaskan proses penyembuhan tulang patah. Kajian telah membuktikan bahawa vitamin E dapat melindungi tulang daripada osteoporosis melalui sifat antioksidannya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan vitamin E terhadap fasa lewat penyembuhan tulang patah dengan menganalisa parameter imbasan tomografi berkomputer (CT scan), x-ray, histologi, biomekanikal, dan status oksidatif tulang pada tikus diovariektomi. Sebanyak 120 ekor tikus betina Sprague-Dawley (200 g �� 250 g) digunakan dan dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu sham (SO), kawalan ovariektomi (OVXC), ovariektomi + 60 mg/kg alfa tokoferol (ATF), ovariektomi + 60 mg/kg fraksi diperkaya tokotrienol (TEF), dan ovariektomi + kalsium (Ca). Pematahan tulang femur kanan dilakukan lapan minggu selepas ovariektomi. Suplementasi vitamin E dimulakan dua hari selepas itu secara gavaj oral enam hari seminggu selama lapan minggu. 1% kalsium dalam air minuman diberikan secara ad-libitum bagi tikus kumpulan Ca. Tikus-tikus dibunuh pada akhir kajian dan sampel femur kanan diambil untuk penilaian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) (parameter isipadu kalus), x-ray (skor peringkat penyembuhan tulang patah dan skor pengelasan kalus), histologi, biomekanikal (parameter stres fleksur, tarikan fleksur, beban, dan modulus Young), dan status oksidatif tulang (TBARS, SOD, GPX, dan katalase). Ovariektomi melambatkan proses penyembuhan tulang patah secara signifikan berbanding kumpulan SO. Ini dapat dilihat pada peningkatan isipadu kalus dan skor pengelasan kalus, penurunan skor penyembuhan tulang patah, serta penurunan stres fleksur dan tarikan fleksur. Suplementasi ATF menurunkan isipadu kalus dan skor pengelasan kalus, serta meningkatkan skor histologi secara signifikan berbanding kumpulan OVXC. Suplementasi TEF pula menyebabkan penurunan skor pengelasan kalus dan meningkatkan kekuatan tulang yang dapat dilihat dengan kenaikan pada stres fleksur secara signifikan berbanding kumpulan OVXC. ATF menunjukkan penurunan pada isipadu kalus dan skor pengelasan kalus secara signifikan berbanding TEF. Ca pula secara signifikan menurunkan isipadu kalus, skor pengelasan kalus, dan modulus Young, tetapi meningkatkan skor histologi berbanding kumpulan OVXC. Tiada perubahan signifikan untuk parameter status oksidatif tulang bagi kesemua kumpulan. Suplementasi TEF tidak memperbaiki penyembuhan tulang patah berbanding kumpulan OVXC tetapi menunjukkan peningkatan kekuatan biomekanikal tulang yang paling tinggi, berbanding kumpulan-kumpulan lain. Oleh itu, suplementasi TEF berupaya meningkatkan kekuatan tulang yang sembuh dari kepatahan pada model tikus osteoporosis pascamenopaus. Kajian lanjut perlu untuk mengenalpasti mekanisme sebenar TEF dalam penyembuhan kepatahan tulang osteoporosis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 185
Call Number: tesis QV20.5.S531k 2014 9HUKMPRA
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan vitamin E ke atas penyembuhan tulang patah pada model tikus osteoporosis pascamenopaus.pdf
  Restricted Access
Partial4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.