Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519652
Title: Kaedah kueri dua fasa dalam algoritma apriori untuk perlombongan petua sekutuan
Authors: Anis Suhailis Abdul Kadir (P53569)
Supervisor: Azuraliza Abu Bakar, Prof.
Keywords: Perlombongan
Algoritma apriori
Petua sekutuan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 11-Jul-2014
Description: Perlombongan petua sekutuan terdiri daripada petua sekutuan positif dan petua sekutuan negatif. Kajian lepas menunjukkan perlombongan petua sekutuan memberi tumpuan kepada petua sekutuan positif yang dihasilkan daripada set item kerap dengan hubungan positif. Pengetahuan daripada set item positif kerap adalah lazim dan boleh jangka. Bagaimana pun, beberapa kajian telah membuktikan bahawa petua sekutuan negatif berpotensi diteroka dan menyumbang kepada pengetahuan yang menarik kerana pengetahuan yang dihasilkan sukar untuk dijangka dan unik. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pendekatan berbeza daripada perlombongan petua sekutuan negatif sedia ada dengan memperkenalkan set item negatif kerap bersama dengan set item positif kerap. Set item negatif kerap berlaku apabila item atau set item tidak hadir dalam transaksi melepasi nilai ambang yang ditetapkan. Kajian ini mencadangkan pendekatan set item Positif dan Negatif Kerap (PNK) untuk algoritma model peramalan. Kajian ini mempunyai dua fasa. Fasa 1, pentakrifan pendekatan PNK dan algoritma PNK dicadangkan untuk membina dua model peramalan iaitu model pengesanan sisihan dan model pengelasan sekutuan. Fasa 2, algoritma PNK yang dicadang di Fasa 1, digunakan keatas satu kajian kes iaitu pengesanan pencerobohan rangkaian. Dalam Fasa 1, satu model untuk pengesanan sisihan berasaskan algoritma PNK dipanggil PNK-Pengesanan Sisihan (PNK-PS) dicadangkan untuk menjana set item positif dan negatif kerap. Satu pengukuran darjah sisihan untuk PNK diformulasi, dikenali sebagai Darjah Sisihan PNK. Algoritma apriori diubahsuai untuk mengira set item negatif kerap. Ia termasuk kekuatan kolektif sebagai satu pengukuran pemangkasan untuk mengira kekuatan set item. Kemudian, satu lagi model berasaskan PNK dicadangkan untuk pengelasan sekutuan yang dipanggil PNK-Pengelasan Sekutuan (PNK-KS). PNK-KS menjana petua sekutuan positif dan negatif untuk pengelasan. Sepuluh set data domain umum dipilih untuk ujikaji kedua-dua model peramalan. Pengesanan sisihan diukur menggunakan dua pengukuran tanda aras iaitu nisbah tertinggi dan nisbah terlitup. Hasil ujikaji menunjukkan yang PNK-PS berprestasi lebih baik secara signifikan dari dua kaedah pengesanan sisihan yang lain. Sementara itu PNK-KS berprestasi lebih baik berbanding empat kaedah yang lain. Dalam Fasa 2, model PNK-PS dan model PNK-KS dikaji lebih lanjut keatas data trafik rangkaian untuk mengesan pencerobohan rangkaian. Hasil ujikaji menunjukkan PNK boleh digunakan dalam domain ini iaitu model PNK-PS berupaya mengesan pencerobohan rangkaian dengan kadar pengesanan yang tinggi. Manakala model PNK-KS berjaya mengelaskan data rangkaian dengan tepat berbanding kaedah lain. Algoritma berasaskan PNK menunjukkan yang pengetahuan yang penting boleh diekstrak daripada petua negatif dan positif, dan bermakna dalam masalah tertentu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 91
Call Number: QA76.9.D343A55 2005 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.