Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519647
Title: Proses pemerkasaan pejabat pendidikan daerah sebagai organisasi pembelajaran melalui indikator pengurusan perubahan
Authors: Nurul Sahadila Abd. Rani (P88474)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: School management and organization -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Dec-2019
Description: Kajian ini berkaitan proses pemerkasaan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai organisasi pembelajaran serta indikator perubahan yang berlaku dalam konteks Program Transformasi Daerah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap proses pemerkasaan, tahap amalan organisasi pembelajaran dan tahap indikator pengurusan perubahan di Pejabat Pendidikan Daerah. Kajian ini juga mengkaji hubungan dan sumbangan antara proses pemerkasaan, organisasi pembelajaran dengan indikator pengurusan perubahan di Pejabat Pendidikan Daerah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan secara berturutan (explanatory sequential design) dengan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama dan diikuti dengan kaedah kualitatif. Teknik pensampelan kelompok dan pensampelan rawak strata digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 103 orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) daripada 142 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari seluruh Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian dan tujuh orang peserta kajian temu bual. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap proses pemerkasaan, tahap amalan organisasi pembelajaran dan tahap indikator pengurusan perubahan secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi. Seterusnya ujian Kruskal-Wallis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara proses pemerkasaan berdasarkan tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik dan kursus dihadiri. Selain itu juga tidak terdapat perbezaan signifikan antara organisasi pembelajaran berdasarkan tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik dan kursus yang dihadiri. Seterusnya, analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji iaitu proses pemerkasaan, organisasi pembelajaran dan indikator pengurusan perubahan. Analisis regresi mendapati bahawa tiga daripada lima dimensi proses pemerkasaan iaitu akauntabiliti, sokongan dan peluang menyumbang kepada organisasi pembelajaran. Seterusnya, analisis regresi menunjukkan bahawa tiga daripada lima dimensi proses pemerkasaan iaitu sokongan, sumber dan akauntabiliti menyumbang kepada indikator pengurusan perubahan di PPD. Selain itu analisis regresi juga mendapati bahawa dua daripada lima dimensi organisasi pembelajaran menyumbang kepada indikator pengurusan perubahan di PPD. Seterusnya data temu bual dianalisis menggunakan perisian Nvivo. Analisis kualitatif ini menunjukkan bagaimana proses pemerkasaan, ciri-ciri amalan organisasi pembelajaran dan apakah indikator implementasi pengurusan perubahan di PPD. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah terhadap proses pemerkasaan, amalan organisasi pembelajaran dan indikator pengurusan perubahan dalam pembangunan profesional iaitu aspek latihan, infrastruktur serta pemantauan berdasarkan indikator perubahan yang dihasilkan dalam kajian ini. Kesimpulannya, dalam memperkasakan PPD, aspek amalan organisasi pembelajaran dan indikator pengurusan perubahan amat penting bagi menjayakan dan memastikan program perubahan yang ingin dilaksanakan berada pada landasan yang betul.,Ph.D.
Pages: 525
Call Number: LB2965.M3N847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.