Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519645
Title: Ketoksikan logam arsenik, kromium dan selenium terhadap organisma air tawar
Authors: Nurul Akhma Zakaria (P72477)
Supervisor: Ahmad Abas Kutty, Prof. Dr.
Keywords: Metals -- Environmental aspects
Aquatic ecology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2019
Description: Proses urbanisasi termasuk aktiviti perindustrian, perlombongan dan perikanan yang semakin meningkat di Malaysia telah menyebabkan peningkatan kemasukan bahan pencemar seperti logam berat dan lain-lain ke dalam ekosistem air tawar. Kajian ketoksikan merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi mengkaji kesan pencemaran logam berat dalam sistem akuatik. Kajian ketoksikan akut telah dijalankan selama 4 hari menggunakan sistem statik yang diperbaharui di dalam makmal (pencahayaan 12 jam cerah: 12 jam gelap) yang dikawal suhu bilik pada 27-30oC. Objektif kajian ini ialah untuk mentukan nilai ketoksikan akut dan biopemekatan serta tahap sensitiviti sembilan spesies organisma air tawar terpilih di Malaysia iaitu udang (Macrobrachium lanchesteri), tiga spesies ikan (Rasbora sumatrana, Gambusia affinis dan Carrasius auratus), cacing (Tubifex tubifex), kironomid (Chironomus javanus), siput (Filopaludina sumatrensis), etak (Corbicula fluminea) dan kopepod (Mesocyclops leuckarti) terhadap logam arsenik (As), kromium (Cr) dan selenium (Se). Kematian organisma telah direkodkan dan nilai kepekatan kematian median (LC50) serta masa kematian median (LT50) dianalisis menggunakan program probit dan kaedah TSK (Trimmed Spearman Kaber). spektrofotometer gandingan plasma aruhan (ICPMS) digunakan untuk menganalisis kepekatan logam, manakala parameter kualiti air diukur menggunakan Hydrolab Quanta�. Ekstrak logam dalam organisma dilakukan dengan kaedah penghadaman asid menggunakan asid nitrik (Aristar� 65%) diakhir ujian ketoksikan akut 96 jam. Nilai purata parameter kualiti air sepanjang kajian adalah pH 6.8 � 0.1, suhu 27.8 � 0.2oC, kekonduksian 470.2 � 0.8 μS/cm, oksigen terlarut 7.0 � 0.2 mg/L dan keliatan air 29.8 � 1.4 mg/L. Kesemua organisma ini mempamerkan tindakbalas ketoksikan yang berbeza-beza. Analisis probit yang dilakukan terhadap kesemua organisma didapati semakin berkurang dengan peningkatan kepekatan dan masa pendedahan bagi setiap logam. Berdasarkan nilai LC50 96 jam, Cr menunjukkan tahap ketoksikan paling tinggi terhadap enam spesies (sela purata; 3.78�6.14) berbanding Se terhadap tiga spesies (sela purata; 19.28�10.80). As tidak menunjukkan kesan ketoksikan yang ketara terhadap organisma kajian seperti Cr dan Se dengan nilai sela purata; 9.39�3.46. Dapatan ujian biopemekatan pula menunjukkan kepekatan As, Cr dan Se dilihat meningkat selari dengan masa serta kepekatan pendedahan logam dan corak faktor biopemekatan (BCF) bagi ketiga-tiga logam ini didapati menurun dengan peningkatan kepekatan pendedahan disebabkan kesan adaptasi organisma terhadap pendedahan logam. Berdasarkan nilai akut akhir (FAV) yang dibahagi dua, nilai kriteria kepekatan maksimum (CMC) bagi As, Cr dan Se yang diperoleh adalah masing-masing 871.3 μg/L, 22.7 μg/L dan 26.0 μg/L. Nilai CMC yang diperolehi daripada sembilan spesies organisma ini berpotensi dijadikan sebagai suatu garis panduan kepekatan maksimum bahan cemar yang boleh dilepaskan ke dalam ekosistem akuatik di Malaysia dan boleh dijadikan sebagai garis panduan kriteria kualiti air negara.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D.
Pages: 231
Call Number: QH90.8.T68N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.